Foto kredit: Berita Harian (Gambar sekadar hiasan)
Pelawak popular yang ditahan atas kesalahan dadah pada Oktober lalu di Jeddah, dikhabarkan sedang menjalani hukuman penjara selama enam bulan di negara itu.
Artikel Berkaitan: Along Cham Ditahan, Isteri Alami ‘Mild Depression’ & Hilang 5 Kilogram Berat Badan – ‘Dia Adalah My World’
Artikel Berkaitan: ‘B, I Janji Kita Akan Bersatu Semula Dalam Masa Terdekat’ – Isteri Along Cham
Mungkin dibebaskan lebih awal
Memetik laporan Berita Harian, hukuman berkenaan dijatuhkan ketika perbicaraannya November lalu.
Sumber berkata pelawak itu berkemungkinan akan dibebaskan lebih awal dari tempoh yang ditetapkan sekiranya berkelakuan baik.
Berdasarkan penghakiman, dia dijangka selesai menjalani hukuman penjara itu pada April ini.
Sebelum ini, Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh mengesahkan penahanan seorang rakyat Malaysia di Jeddah, selepas disyaki terbabit memiliki dadah jenis ganja namun tidak mendedahkan identitinya.
Sejak penahanannya, Kedutaan Besar Malaysia dan Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah memberikan bantuan konsular kepada artis berkenaan.
Sumber: BH Online