

Sekadar gambar hiasan
Semalam, media melaporkan seorang pelawak terkenal berusia dalam lingkungan 40-an, telah ditahan oleh pihak polis selepas didakwa terlibat dalam kes pemerdagangan manusia.
Artikel Berkaitan: Pelawak Terkenal Ditahan Reman Kes Pemerdagangan Manusia
Artikel Berkaitan: ‘Gilalah Siapa Yang Petik Nama Saya Tu’ – Tauke Nafi Jadi Bapa Ayam
Terbaru, menerusi laporan Harian Metro, pelawak tersebut telah dibebaskan dengan jaminan pihak polis semalam.
Dibebaskan dengan jaminan pihak polis

Sekadar gambar hiasan
Ujar Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Kontinjen Negeri Sembilan, Asisten Komisioner Ramlan Abdul Razak, kes tersebut masih berada dalam siasatan pihak polis.
Kami dah bagi jamin semalam, bagaimanapun kes ini masih dalam siasatan.
Susulan penangkapan pelawak itu, pihak polis berjaya menyelamatkan seorang wanita berketurunan Melanau di sebuah bilik hotel di Kuala Pilah. Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 15 tahun dan denda jika sabit kesalahan.
Pada masa yang sama, lelaki itu juga turut dikompaun atas kesalahan rentas negeri tanpa kebenaran di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan).
Sumber: Harian Metro





![[VIDEO] ‘Saya Tak Boleh Sambut Halloween Sebab Saya Islam, Nanti Dapat Dosa’ – Jebat Jayden](https://asset.ohbulan.com/2026/11/jebat-jauden2.jpg)
![[VIDEO] Dr Fie Sah Bergelar Isteri Kapten Amrul, Terima Mas Kahwin Satu Dinar Emas](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2705.jpeg)
![[VIDEO] ‘Kena Jadi Baik & Ramah Sebab Mereka Datang Dari Jauh’ – Syed Saddiq Nasihat Ayden Santuni Masyarakat](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2675.jpeg)
![[VIDEO] Syed Saddiq Dedah Hati Mula Berpaut Pada Bella Astillah Ketika Di Sabah – ‘Saya Nampak Sisi Dia Yang Berbeza’](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2674.jpeg)