Pelawak dan pelakon yang disyaki memiliki dadah jenis ganja tiba di Mahkamah Sesyen dan Majistret Sepang bagi menghadapi pertuduhan memiliki kes dadah.
Artikel Berkaitan: Polis Sahkan Selebriti Lelaki Sudah Lapan Tahun Positif Menagih Dadah
Artikel Berkaitan: Pelawak Along Cham Ditahan Polis, Disyaki Miliki Ganja Dalam Rumah
Tiba di mahkamah
Selebriti berusia 41 tahun itu tiba di perkarangan mahkamah pada jam 9.10 pagi dengan menaiki kenderaan polis.
Semalam, Ketua Polis Daerah Sepang iaitu Asisten Komisioner Norhizam Bahaman memaklumkan pihaknya mendapat arahan daripada Timbalan Pendakwa Raya untuk mendakwa selebriti berkenaan selepas kertas pertuduhan dirujuk pada Khamis.
Tambah Norhizam, siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Terdahulu, bekas peserta rancangan realiti televisyen swasta itu ditahan oleh sepasukan anggota polis bersama dua paket lutsinar disyaki ganja pada Sabtu.
Siasatan polis menemui dua peket lutsinar yang setiap satunya mengandungi leraian disyaki daun ganja anggaran berat keseluruhan 60.3 gram.
Hasil ujian air kencing yang dibuat juga menunjukkan suspek positif dadah tetrahydrocannabinol (THC).