berita

Pelawak Veteran Maidin Disahkan Meninggal Dunia Dalam Solat

August 13th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2014-08-13 at 5.56.05 PM

Bulan lalu, industri hiburan tanah air dikejutkan dengan pemergian biduanita tersohor, Allahyarhamah Sharifah Aini akibat jangkitan paru-paru.

Hari ini, sekali lagi rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita yang sama apabila pelawak veteran, Maidin Ibrahim, 76, disahkan telah meninggal dunia pada jam 2 petang tadi.

Menerusi laporan mStar Online, Allahyarham meninggal dunia akibat serangan jantung semasa sedang bersolat dan berita ini disahkan oleh menantunya, Mohd. Saiful Nizam Saari.

Menurut Saiful lagi, pelawak veteran itu ditemui rebah di dalam bilik oleh ibunya, Hadira Ibrahim. Jenazah Allahyarham bakal dikebumikan selepas solat Isyak pada hari ini di Tanah Perkuburan Islam Pokok Tai.

Semoga Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Amin.

 

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×