Mengambil kira akan kepentingan serta kebajikan masyarakat, kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah melaksanakan pelbagai inisiatif bertujuan untuk meningkatkan kesejahteraan sosial rakyat.
Usaha ini dijalankan dengan misi utama bagi memastikan tiada rakyat Malaysia tercicir atau terpinggir daripada sebarang agenda mengembalikan kesejahteraan mereka.
Pengukuhan Agrikomoditi
Antara usaha yang dijalankan di bawah aspirasi ini adalah penyasaran pengukuhan pendapatan dan pembangunan tenaga kerja berkemahiran dalam sektor Agrikomoditi.
Ianya selaras dengan tumpuan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 untuk meningkatkan taraf hidup golongan rentan ekonomi atau pekebun kecil.
Perkasa pendapatan petani B40
Dalam usaha memperkasa pendapatan golongan B40 di kalangan masyarakat petani Agromakanan, kerajaan menyediakan program bantuan Insentif dan Pembiayaan yang bertujuan untuk meningkatkan taraf hidup mereka.
Antara strategi untuk mencapai mencapai misi ini, program Smart Card Keluarga Peladang diperkenal dengan menggunakan konsep transaksi tanpa tunai atau ‘Cashless, Contactless’ bersama perlindungan takaful.
Inisiatif untuk pelajar, graduan & golongan OKU
Selari dengan pembangunan teknologi semasa, kerajaan komited untuk meningkatkan keupayaan warga pendidik dan murid bagi menggunakan teknologi digital dalam sesi pengajaran dan pembelajaran menerusi Pelantar Pembelajaran Digital atau Digital Educational Learning Initiative Malaysia 2.0 (DELIMa 2.0)
Melalui DELIMa 2.0, guru dan para pelajar mempunyai akses kepada kandungan digital yang berkualiti untuk meningkatkan penguasaan ilmu dan kemahiran yang serba komprehensif.
Turut tidak dilupakan adalah golongan pelajar B40 di Institusi Pengajian Tinggi, mereka diberikan baucar makanan di bawah inisiatif Food at Campus.
Buat para graduan, Program Young Employable Student (YES) diperkenalkan dengan tujuan utama untuk melahirkan graduan dengan kemahiran insaniah. Mereka didedahkan dengan kepentingan dan keperluan sebelum menempuh alam pekerjaan agar mereka lebih yakin dan bersedia untuk memulakan kerjaya dalam bidang masing-masing.
Kerajaan juga menyediakan program Get Hired at KPT untuk membuka peluang buat 15,000 pelajar IPT mendapatkan peluang pekerjaan serta menjana pendapatan.
Semantara untuk golongan kelainan upaya, Inisiatif OKU Talent Enhancement Programme dijalankan bagi membantu 500 para peserta melaksanakan latihan peningkatan kemahiran serta latihan semula kemahiran yang bersesuaian mengikut keperluan pasaran pekerjaan semasa.
Pupuk semangat patriotisme
Bagi melahirkan belia penuh sahsiah dan memupuk semangat patriotisme, kerajaan tampil dengan program Pembangunan Generasi Belia Positif dan program Rukun Negara @ Belia.
Inisiatif Jendela @ PPR
Jendela @ PPR adalah satu usaha menaik taraf infrastruktur internet di 10 program perumahan rakyat bagi memastikan mereka dapat menerima kemudahan internet dan akses digital secara menyeluruh.
Selain itu, demi memastikan keselesaan dan kebajikan rakyat terjamin. Kerajaan mengambil langkah menyediakan rumah mampu milik berkualiti dan berdaya huni untuk kumpulan B40, M40 dan penjawat awam merangkumi 1,465 unit Perumahan Penjawat Awam, 2,000 unit Perumahan 1 Malaysia serta 1,200 unit rumah di bawah Syarikat Perumahan Negara Berhad.
Jalin hubungan diplomatik
Turut dilaksanakan adalah usaha menaikkan imej dan profil Malaysia di persada antarabangsa melalui jalinan diplomatik bersama pemegang taruh dan pemain industri luar negara.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang inisiatif yang dijalankan kerajaan ini korang boleh klik di SINI.