berita

Pelbagai Promosi Produk Kesihatan Sempena NH Super Brand Day Di Watsons 26 & 27 Mei 2020 Ini!

May 22nd, 2020 | by Aimi Raihana Mudzakir
Shout Out!

Tak dapat dinafikan kita semua impikan kulit wajah dan tubuh badan yang sihat. Lagipun penjagaan kesihatan dan kulit muka memang penting dalam kehidupan seharian. Betul tak?

Ramai yang dah mula peka dan ambil produk supplemen kesihatan dalam rejim diet mereka. Siap ada tawaran berbaloi teruk semasa Super Brand Day di Watsons. Nak tahu jenama apa?

Promosi NH Super Brand Day di Watsons lebih berbaloi tahun ni!

Berita baik kepada peminat NH Detoxlim & Beauxlim! Banyak promosi menarik untuk direbut bersempena NH Super Brand Day di Watsons pada 26 dan 27 Mei 2020. Promosi ni hanya boleh didapati eksklusif secara online di Watsons. Yay!

Siapa tak kenal dengan jenama produk kesihatan terkemuka iaitu NH Detoxlim & Beauxlim? Produknya sangat berkesan dalam membantu mengatasi masalah kesihatan dan kecantikan.

Ada kelulusan daripada KKM tak?

Jangan risau! Produk kesihatan oleh NH Detoxlim & Beauxlim telah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Ia bebas daripada sebarang ubatan dan laksatif yang berbahaya. Paling penting, ia tiada kesan sampingan.

Korang mesti tak sabar nak tengok promosi apa yang ada kan? Jom kita terjah!

Sale gempak dengan diskaun sehingga 33%, onz teruk!

Wow! Diskaun ditawarkan sehingga 33% sewaktu NH Super Brand Day di Watsons. Kena roger kat member sebab bukan senang nak dapat diskaun macam ni. Hanya pada 26 dan 27 Mei 2020 je!

Pembelian RM80 dan ke atas akan dapat potongan segera RM5

Untuk setiap pembelian mana-mana produk NH Detoxlim & Beauxlim yang berjumlah RM80 dan ke atas korang akan dapat potongan segera RM5. Lagi senang korang pakat dengan family atau member la.

Berbelanja sehingga RM100 dan ke atas untuk dapatkan potongan RM8

Nak lagi banyak potongan? Boleh sangat! Korang beli je mana-mana produk NH Detoxlim & Beauxlim sampai RM100 dan ke atas. Korang akan dapat potongan RM8 tau. Syok gila!

*Terhad kepada 1,000 orang
*Kod promo: NHRM8OFF

Pembelian RM150 dan ke atas boleh dapat hadiah special oi!

Siapa kat sini nak hadiah? Kalau nak, korang buat la pembelian mana-mana produk NH Detoxlim & Beauxlim sehingga RM150 dan ke atas. Boleh dapat NH Gift Box paling istimewa bernilai RM50 wei.

*Terhad kepada 300 set

Rebut baucar kejutan dengan potongan RM10 & potongan RM18!

Untuk pembelian mana-mana produk NH Detoxlim & Beauxlim RM100 ke atas, korang berpeluang dapat baucar kejutan dengan potongan RM1o. Kalau pembelian RM150 dan ke atas, boleh dapat baucar kejutan dengan potongan RM18. Kena cepat sebab baucar terhad!

*Terhad kepada 300 keping

Tak tahu nak beli produk yang mana? Jangan risau. Kat sini kami senaraikan produk NH Detoxlim & Beauxlim yang menarik untuk korang cuba. Siap ada dengan promosi pulak tu.

NH Nutri Grains, minuman bijirin dengan tawaran beli 3 percuma 1

Korang yang nak dapatkan berat ideal tu elok minum NH Nutri Grains, minuman bijirin dengan nutrisi lengkap. Sangat mudah disediakan untuk seisi keluarga. Paling penting, ianya sedap, berkhasiat dan mengenyangkan!

Ada tawaran beli 3 percuma 1 untuk NH Nutri Grains sewaktu NH Super Brand Day di Watsons. Tawaran ni hanya berlangsung selama satu hari, pada 26 Mei 2020. Jangan sampai terlepas!

NH Soy Series, minuman soya dengan tawaran beli 2 percuma 1

Suka minum soya? Ambil la NH Soy Series, minuman soya sebagai pengganti makanan yang penuh nutrisi. Dah la mudah disediakan, rasanya pun unik dan mengenyangkan. NH Soy Series boleh diambil sebagai sarapan pagi atau pada bila-bila masa je.

Korang patut rebut promosi beli 2 percuma 1 untuk NH Soy Series sewaktu NH Super Brand Day di Watsons. Tawaran ni hanya berlangsung selama satu hari, pada 27 Mei 2020. Tanda kat kalendar sekarang!

NH Colla Plus Range, kulit lebih cantik & berseri

Nak kulit cantik? Ambil la NH Colla Plus Range, minuman kolagen yang mengandungi protein terbaik untuk kulit. Ia memperbaiki struktur dalaman kulit untuk mencegah penuaan. Kulit muka korang akan jadi lebih cerah dan anjal dengan NH Colla Plus Range.

Bukan perempuan je boleh minum, lelaki pun boleh. Sesuai untuk semua jenis kulit tanpa ada sebarang kesan sampingan.

NH Natural Clenx Tea, masalah sembelit terus hilang

Siapa yang ada masalah sembelit boleh cuba NH Natural Clenx Tea, minuman teh yang memperbaiki sistem penghadaman. Selain tu, ia meningkatkan penyerapan nutrisi dan memperkuat sistem imunisasi.

NH Natural Clenx Tea ni memang banyak kebaikannya. Bukan setakat melegakan sembelit dan kembung perut, ia juga menambah tenaga. Secara tak langsung, berat badan korang pun akan turun. Bagusnya!

Dapatkan bentuk badan idaman dengan NH Detoxlim Plus

Korang boleh dapatkan bentuk badan idaman dengan NH Detoxlim Plus. Ia diperbuat daripada herba-herba dengan formula pelangsingan semula jadi. Ia akan mengawal pergerakan usus korang supaya berjalan lancar.

Selain tu, NH Detoxlim Plus akan meningkatkan kadar metabolisma dalam badan. Korang akan dapat bentuk tubuh badan idaman korang. Dah macam model, mesti jadi kegilaan ramai nanti.

Wah, banyak jugak promosi yang ada sempena NH Super Brand Day di Watsons pada 26 dan 27 Mei 2020. Produk kesihatannya pun menarik. Supaya tak terlupa, catit la siap-siap kat kalendar smartphone korang ya.

Jangan lepaskan peluang untuk rebut produk kesihatan oleh NH Detoxlim & Beauxlim dengan harga lebih murah dan berbaloi. Ingat, promosi ini eksklusif secara online di Watsons je! Untuk info lebih lanjut, korang boleh klik SINI.

Jom sihat dan cantik bersama NH Detoxlim & Beauxlim!

SKIP THIS AD ×