Makin best! Bagi mereka yang nak jimatkan masa tetapi masih mahu makan menu yang best, foodpanda adalah jawapan terbaik. Untuk pengetahuan korang, foodpanda telah menambah pelbagai restoran baharu dan menarik tau!
Sayantan Das, Pengarah Urusan foodpanda berkata, pihaknya sangat teruja untuk mengumumkan kesemua restoran baharu yang kini terdapat di platform tersebut.
“Ia sentiasa menjadi keutamaan kami untuk terus berinovasi dan berkembang dengan mengumumkan pelbagai jenama dan ciri-ciri baharu serta tawaran menarik.”
Pengguna foodpanda kini boleh memilih restoran seperti Soul Brew, jenama minuman yang pelbagai, bertujuan melengkapkan kehidupan setiap rakyat Malaysia, daripada keperluan kafein hinggalah secawan soda sejuk yang enak pada hujung minggu.
Pilihan menu yang disyorkan ialah Signature Brown Sugar Latte dan Roasted Hazelnut Boba Coffee, yang merupakan latte klasik dengan rasa kacang hazelnut panggang.
Selain itu, DAMN! Burgers, kedai burger yang bersedia untuk menghidangkan semua burger klasik seperti Beef Cheeseburger dan kegemaran sepanjang zaman rakyat Malaysia, Sambal Chicken Burger.
Penuhi selera korang juga dengan Korean Sweet Chilli Chicken Burger yang pedas dan manis, disajikan bersama kentang goreng dan minuman untuk masa terhad sepanjang November ini.
Jika korang inginkan sesuatu yang manis, Sweet Spot adalah salah satu restoran terbaru dalam aplikasi foodpanda. Menyajikan pelbagai pilihan kek, mufin, berliners (donut) dan juga sajian ringkas yang boleh dimakan dalam perjalanan ke satu destinasi, semuanya boleh didapati di platform foodpanda.
Nikmati Lunchbox dengan pelbagai sajian berasaskan nasi beserta lauk pilihan anda. Dari ayam percik hinggalah ayam stim, Lunchbox sediakan.
Mereka juga menyediakan Salted Egg Chicken Butter with Rice! Dihidangkan bersama nasi kukus dan hirisan timun segar, sajian ini pastinya membuatkan anda terliur dengan sos buttermilk keemasannya yang dicampurkan dengan kuning telur masin dan daun kari untuk hidangan yang lazat serta enak yang menyaluti kepingan ayam goreng.
Akhir sekali, sekiranya anda sedang mencari semangkuk makanan yang betul-betul menyelerakan, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan Honest Bowl. Dari Chicken Keema hinggalah Kam Heong Fish Bowl, mereka mahu memberikan pengalaman budaya makanan yang berbeza untuk memenuhi citarasa setiap orang.
Tempah pesanan sekarang di foodpanda dan nikmati diskaun sehingga 40%!