berita

Pelbagai Vendor Makanan, Selebriti & Aktiviti Menarik Di Acara Hujung Minggu Ni! Tak Sabarnya!

August 5th, 2022 | by Azyan
Kini Trending

foodpanda bakal menyambut ulang tahun yang ke-10 tahun ni! Wahh pejam celik pejam celik dah 10 tahun foodpanda beroperasi dekat Malaysia ni kan?

Admin ingat lagi, foodpanda merupakan platform penghantaran makanan yang terawal di Malaysia. Masa tu rasa sangat kagum dengan sistem  diorang. Efisien! Lepas tu bila diperkenalkan baucar menarik, foodpanda shops, pandamart dan sebagainya lagi lah teruja. Rasa macam mudahnya! Semua benda boleh dibeli dekat aplikasi foodpanda ni.

Sempena hari jadi mereka yang ke-10, mereka dah ready nak sambut kaw-kaw dengan korang tau! Jom tengok apa yang menarik!

Berlangsung dari 12 hingga 14 Ogos di Tempat Letak Kereta Terbuka, Sunway City Kuala Lumpur , macam-macam vendor akan buka booth!

Boleh set dengan kawan siap-siap, kosongkan tarikh 12-14 Ogos ni untuk sama-sama spend time dekat event ni! Tapi sebelum tu, tengok lah dulu pukul berapa event ni bermula.

Rujuk dulu masa dekat bawah ni:

  • Hari Jumaat (12 Ogos): 5.30pm-11pm
  • Hari Sabtu (13 Ogos): 3pm-11pm
  • Hari Ahad (14 Ogos): 3pm-11pm

Kalau dah foodpanda mestilah semua jenis makanan ada kan? Dari dalam aplikasi dibawakan secara fizikal! Korang hanya perlu pilih je nak beli apa.

Semua vendor-vendor terkenal dari makanan, minuman sampai la ke bank dan farmasi  dikumpulkan dekat satu tempat, khas untuk korang.

Antara kedai yang korang boleh terjah ialah:

  • The Gorpis
  • ZUS Coffee
  • BubbleBee
  • The Humble Food Company
  • Martabak Bang!
  • NOAH’S ARK KITCHEN
  • Soul Brew
  • Pastryville
  • O’LIL COFFEE HOUSE
  • Emart24
  • Cili Api
  • Mat Rock Special Ayam Goreng Kunyit
  • Salad Atelier
  • MIOSKITCHEN
  • Pin Tea
  • Wall’s Ice Cream
  • RHB Bank
  • Watsons
  • Bask Bear
  • Marshall Food Sdn Bhd
  • Sunway Group
  • dan macam-macam lagi!

Ada Talitha dan Joe Flizzow jugak? OMG!!

Untuk persembahan pula korang boleh siap-siap target nak pergi hari ke berapa.

Jadual persembahan adalah seperti berikut:

  • 12 Ogos: DJ Kino, DJ Roshan dan DJ Jovynn
  • 13 Ogos: Talitha, Joe Flizzow, Aida Azrin dan BATE
  • 14 Ogos: DJ Kino,DJ Roshan dan BATE

Penyampai radio FlyFM, Douglas Lim, Natalie dan Fifi juga akan mengacarakan pelbagai jenis aktiviti pada 14 Ogos tersebut! Ada wang tunai untuk dimenangi tau.

Selain itu ada juga aktiviti lain seperti treasure hunt dan pandamart sweep game!

Tak lengkap sambutan hari jadi tanpa aktiviti menarik kan? Korang boleh juga luangkan masa untuk join aktiviti yang disediakan oleh foodpanda di sambutan itu nanti.

Antara aktiviti yang ada ialah Pandamart sweep game, Shop Treasure Hunt dan korang juga boleh tunggu kemunculan Pau-pau maskot! Aaaa comelnyaa! Selalu nampak dekat apps je depan-depan mesti comel habis Pau-pau ni.

Tapi korang kenalah jadi pengguna pandapro dulu baru boleh nikmati promo special!

Kredit Foto: Says.com

Sebelum pergi, baik korang daftar dulu siap-siap untuk jadi ahli pandapro. Lagi mudah untuk korang beli apa-apa dekat event tu nanti.

Disana juga korang tak boleh beli dengan wang tunai tau. Cara nak beli lain sikit dari event-event yang lain. Caranya ialah:

  • Pastikan korang ahli pandapro
  • Pilih makanan
  • Pilih option “Pick-up”
  • Masukkan kod promo khas ” PANDA10′ ( diskaun sehingga RM10 dengan pembelian minimum RM40)
  • Check out dan tunggu makanan siap untuk diambil

Senang kan? Tak payah nak beratur dan berebut. Lagi best sebab tak akan ada masalah tersilap order atau tersalah ambil makanan orang lain. Siap dapat promo kod pulak tu.

Power la sistem macam ni. Dari parking dah boleh mula order, kan senang. Sampai dekat kedai terus je ambil makanan atau minuman.

So guys, apa lagi? Tak payah dah cari tempat nak hang out dengan kawan-kawan korang, pergi je event ni! Confirm epik! OOTD korang pun mesti on-point punyalah!

Jumpa di sana guys!

 

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×