berita

Pelik Dapat SMS Transaksi Dibuat, Rupanya Ini Taktik Licik Scammer! Liciknya..

July 13th, 2017 | by Shafika
Kini Trending

Macam macam penipuan yang berlaku hari ini. Semuanya demi kepentingan diri sendiri yang mahukan wang segera. Tanpa memikirkan kepayahan orang lain mencari wang, golongan sebegini senang senang memperdaya orang lain tanpa rasa bersalah. Geram betul!

Terbaru, perkongsian seorang lelaki ini yang terkena penipuan melalui kad kreditnya. Sedar sedar je dapat sms. Memang licik sungguh!

Transaksi dibuat tanpa pengetahuan

Peringatan kepada kengkawan sekalian. Sekitar pukul 11.44 pm,12/7/2017 ketika sedang melayan anak makan cornflakes dirumah, bunyi sms masuk, tak lama lepas itu bunyi lagi sms masuk. Bila saya tengok HP, ada 2 sms seperti di atas, mengatakan ada transaksi telah dibuat menggunakan kredit kad Maybank saya. Dalam keadaan terkejut dan bingung saya pun terpikir transaksi apakah ini dan saya sudah lama tak menggunakan kad kredit ini.

Belum sempat reda kebingungan ini, masuk lagi satu sms iaitu yg ketiga dalam masa kurang 2 minit dari sms yg pertama. Dengan pantas saya ambil kad kredit Maybank tersebut, untuk tengok no telefon service centre. Tengah mendail nombor service centre tersebut, masuk lagi satu sms iaitu yg keempat seperti di bawah…

Hilang wallet dan HP

Saya telah membuat laporan yg sepatutnya kepada service centre Maybank , dan mereka terus Block kad tersebut dan dia mengesahkan ada transaksi tersebut tapi masih floating. Dia menyarankan untuk terus monitor selama 7 hari sama ada transaksi tersebut “clear” atau tidak. Sekiranya “clear”,beliau menyarankan untuk membuat bantahan di cawangan Maybank untuk mereka membuat bantahan kepada pihak GOOGLE.

Proses tersebut dijangka mengambil masa sekitar 45 hari. Sekiranya bantahan tak berjaya , saya kena tanggung la total transaction tersebut.. pengalaman pertama saya dalam hal begini ialah pada tahun 2011, dimana wallet dan HP hilang masa bulan Ramadhan. Bila laporan dibuat di bank , jawapan yang sama, dan berakhir dengan mereka kata transaction tersebut gagal di block dan saya kena bayar.. saya bercadang untuk membuat laporan polis utk kes terbaru ini. Kepada anda yg memiliki kad kredit, hati hati dalam menggunakan kad kredit…….

Sumber : Ahmad Farhan Abdul Manap

 

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×