berita

Pelik Tapi Benar! Pelanggan Mahu ‘Gadis Peneman’ Positif Covid-19

January 13th, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Sebuah iklan yang disiarkan di laman Facebook menjadi viral di Thailand apabila pengiklannya memaklumkan bahawa dia sedang mencari gadis peneman (escort girl) dengan syarat wanita itu perlu diuji positif Covid-19. Peliknya!

Wajib tunjuk bukti test kit positif

Menurut laporan The Thaiger, iklan tersebut secara terang-terangan memberitahu yang pelanggan itu mahukan seorang escort girl yang positif Covid-19 dan kerja bermula pukul 10 malam.

Iklan itu menawarkan 3,000 (RM376) hingga 5,000 baht (RM627) dengan tambahan 600 baht (RM75) lagi sekiranya ada broker yang menguruskan pencarian escort girl itu.

Gadis itu perlu membawa kit ujian kendiri yang menunjukkan ada dua garisan bagi mengesahkan dia positif Covid-19.

Selain itu, dia juga perlu terbuka untuk mengambil bahan terlarang seperti dadah sepanjang waktu bekerja dan tidak menolak permintaan untuk berhubungan intim.

Hantaran tersebut mendapat perhatian ramai dan ada yang membuat spekulasi bahawa pelanggan itu cuba melakukan penipuan insurans kesihatan dengan dijangkiti Covid-19, atau ia sekadar gurauan.

Sumber: The Thaiger

SKIP THIS AD ×