berita

Peluang Belajar Di UK, Fasiliti Terbaik – IUMW Sure Buat Zaman Belajar Korang Fun!

April 6th, 2018 | by Azyan
Sponsored Post

Sekarang ni banyak betul peluang untuk sambung belajar. Tinggal diri sendiri yang decide nak ke tak nak. Orang cakap, selagi ada peluang untuk menuntut ilmu, why not ambil peluang yang ada untuk penuhkan diri dengan ilmu dan pengalaman. Banyak benda baru yang kita boleh explore tau bila kita sambung pengajian.

Korang takkan tak teringin nak merantau ke tempat baru dan jumpa ramai orang kan. Haa kalau korang ada niat nak sambung pengajian ke peringkat lebih tinggi, apa kata korang cuba di International University of Malaya-Wales (IUMW) sebab…

Gabungan dua universiti terhebat

Untuk makluman korang, IUMW ni ditubuhkan secara kolaborasi oleh Universiti Malaya dan Universiti of Wales pada tahun 2012 sebagai simbol institusi akademik berprestij bertaraf dunia tau.

Jangan tak tahu, kedua-dua universiti ini dinobatkan sebagai universiti kelas dunia di QS World University Ranking dan kat sinilah korang akan dapat pengalaman pendidikan antarabangsa. Bukan biasa-biasa tau. Korang beruntung kalau dapat jejakkan kaki kat sini.

3 sebab kenapa korang kena pilih IUMW

Pertama, IUMW ni adalah universiti pertama yang tawarkan Dual Award dengan pilihan pemindahan kredit. Jadi, takda masalah kalau nak belajar kat oversea sebab subjek yang korang ambil di luar negara akan dikira dan di transfer untuk pengijazahan. So, korang jangan risau okay!

Kedua, apa yang best dekat IUMW ni korang berpeluang belajar di Universiti Of Wales selama satu semester tanpa sebarang tambahan yuran pengajian!  Wahh, masa inilah korang boleh merantau sambil menuntut ilmu kat tempat orang.

Last sekali, korang belajar satu semester je dekat UK dan korang bakal bergraduasi dengan dua ijazah. Satu daripada IUMW dan satu lagi daripada Universiti Wales. Mana nak cari gais tawaran macam ni. Dah macam belajar sambil melancong tau.

Kalau korang tak nak ke oversea pun takpe sebab korang berpeluang untuk merasai sendiri belajar selama satu semester di universiti berprestij negara kita ni iaitu Universiti Malaya! Wahh

Life sebagai pelajar sure happening di IUMW

Bila sebut je pelajar, mesti orang ingat student ni asyik sibuk dengan assignment dan test je. Salah tau tanggapan tu. Kalau kat IUMW ni, pelbagai aktiviti korang boleh join untuk improve soft skills dan have fun sambil belajar. Baru balance life korang. Plus, fasiliti yang disediakan berkelas dunia tau!

Kalau korang nak tahu dan rasai suasana kondusif di IUMW, ini ada peluang baik. IUMW bakal adakan Hari Terbuka IUMW pada 6, 7 & 8 April 2018 dari jam 10 pagi hingga 5 petang bertempat di Kompleks Kampus IUMW. Inilah masanya untuk korang rasai pengalaman kepelbagaian budaya dengan latar belakang pelajar yang terdiri lebih daripada 40 buah negara. Wahh!

Nak tahu lebih lagi pasal IUMW? Korang boleh hubungi 0326173131 atau klik je kat sini. Banyak info yang ada di situ. Jangan lupa untuk hadir ke Hari Terbuka IUMW ye. Jumpa di sana!

Oh ya, kalau korang terlepas Hari Terbuka IUMW, jangan risau sebab korang dialu-alukan untuk datang ke kampus IUMW bila-bila masa tau. Staf diorang pun ramah. Jangan lupa singgah okay!

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×