Siapa je yang tak nak menang hadiah besar, kan? Bayangkan, tengah syok berjalan-jalan atau shopping, tiba-tiba rezeki terpijak dan korang jadi pemenang besar!
Bunyi macam mustahil kan, tapi inilah realiti yang bakal berlaku di Sunway Mega Roadshow 2025.
Tahun lepas, Sunway dah buat kejutan dengan hadiah berjumlah RM500,000, tapi kali ni mereka naikkan level dengan jumlah hadiah empat kali ganda lebih besar!
Hadiah yang berjumlah lebih RM2 juta menanti korang!
Kali ni, Sunway Mega Roadshow 2025 menawarkan pelbagai hadiah menarik termasuk gajet terkini, baucar tunai, diskaun eksklusif dan pelbagai kejutan lain sepanjang acara berlangsung.
Dengan jumlah hadiah sebanyak ini, peluang untuk menang memang tinggi! Jadi, jangan sia-siakan peluang emas yang terbuka luas ni.
Bukan sekadar hadiah, tapi penuh dengan pelbagai aktiviti menarik
Sunway Mega Roadshow 2025 bukan sekadar menawarkan hadiah dan promosi menarik, tapi juga sarat dengan pelbagai aktiviti interaktif dan penuh hiburan.
Para pengunjung boleh sertai sesi pembukaan dengan hadiah menarik, quiz mega harian dan sertai sesi meet & greet dengan maskot Sunway yang pasti menggamatkan suasana.
Selain itu, akan ada sesi perkongsian bersama rakan perniagaan Sunway serta persembahan seni dan hiburan yang tidak boleh dilepaskan.
Bagi yang mencari lebih banyak tawaran eksklusif, korang berpeluang mendapatkan pas tahunan Taman Tema Sunway dengan tawaran beli satu percuma satu, pakej pemeriksaan kesihatan daripada Sunway Healthcare Group dan pakej percutian istimewa di hotel serta resort Sunway Hospitality.
Menariknya, setiap lokasi roadshow akan tampil dengan konsep dan aktiviti berbeza. Jadi, kalau korang nak rasa keseronokan maksimum, singgah di lebih dari satu lokasi untuk pengalaman yang lebih pelbagai dan menyeronokkan!
Jom ke Sunway Mega Roadshow 2025!
Walaupun roadshow di Ipoh, Pulau Pinang dan Sunway City Kuala Lumpur sudah pun berlalu, pastikan korang tidak terlepas peluang untuk sertai keseronokan roadshow ini di Sunway Big Box Retail Park, Johor dan Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur dari 27 Februari hingga 1 Mac 2025.
Roadshow ini akan melabuhkan tirainya di Bugis Junction, Singapura dari 24 Februari hingga 2 Mac 2025.
Muat turun Sunway Super App untuk lebih ganjaran
View this post on Instagram
Untuk menggandakan peluang kemenangan dan menikmati lebih banyak ganjaran eksklusif, korang juga disarankan untuk memuat turun Sunway Super App.
Aplikasi ini bukan sekadar memudahkan korang mengakses maklumat mengenai roadshow, tetapi juga menawarkan pelbagai rewards, promosi eksklusif sepanjang acara berlangsung.
Dengan hanya beberapa klik di aplikasi ini, korang boleh mengumpul dan menebus mata ganjaran, mendapatkan diskaun di pelbagai outlet Sunway, serta menikmati keistimewaan yang tidak tersedia di tempat lain.
Jadi, kalau korang rasa tahun 2025 adalah tahun untuk jadi lebih bertuah, inilah peluang keemasan yang tak patut dilepaskan!
Jangan lupa save the date, ajak kawan-kawan dan datang beramai-ramai ke Sunway Mega Roadshow 2025.
Siapa tahu, mungkin rezeki kali ini berpihak kepada korang? Untuk maklumat lanjut, layari www.sunway.com.my/50th-anniversary dan bersiap sedia untuk pengalaman yang penuh kejutan!