berita

Peluk Islam Selepas Dengar Nyanyian Siti Nurhaliza

April 18th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Memang tidak dapat dinafikan, nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza sentiasa memukau masyarakat terutama para peminatnya. Baru-baru ini penyanyi itu memuat naik lagu cover Aisyah Istri Rasulullah di akaun Youtubenya dan video tersebut berjaya meraih lebih daripada 1 juta tontonan.

Lebih terharu, salah seorang peminat penyanyi nombor satu negara itu mengakui memeluk Islam selepas mendengar nyanyian tersebut.

Baru tiga hari memeluk Islam

Individu tersebut berkongsi mengenai berita dia memeluk Islam di ruangan komen saluran YouTube Siti Official Video. Tambahnya, keputusan yang dilakukan olehnya itu sudah dirujuk kepada ustaz. Menerusi laporan Harian Metro, individu tersebut mengulas bahawa Allah salurkan hidayah yang cukup indah buat dirinya.

Saya minat CTDK (Siti) ini. Sejak mendengar lagu ini, saya memeluk Islam. Saya baru saja tiga hari memeluk Islam. Saya tanya ustaz adakah lagu ini punca saya memeluk Islam. Ustaz berkata, lagu nyanyian CTDK ini adalah ‘asbab’ saya memeluk Islam. Allah salurkan hidayah pada saya melalui indah pada maksud lagu ini dengan nyanyian CTDK. Semoga saya terus kuat mencintai sosok nama yang dimaksudkan dalam lagu ini. Terima kasih CTDK.

Semoga terus istiqomah

Disoal mengenai sama ada penyanyi itu sedar akan berita gembira tersebut atau tidak, Siti memberitahu dia mengetahui hal tersebut di ruangan komen. Malah, dia turut berdoa semoga kesemua pemintanya terus istiqomah.

Saya dapat tahu hal ini kerana ditulis di ruangan komen video lagu Aisyah Isteri Rasulullah yang saya nyanyikan semula. Bagi saya, Allah sudah memberikan dia hidayah dan lirik lagu itu mempunyai kebaikan dan keistimewaan yang menggerakkan hatinya. Semuanya Allah yang mengatur.

Apa saja kebaikan yang berlaku, saya sangat bersyukur kerana ada perkara yang kita lakukan memberi dorongan kebaikan kepada orang lain. Doa saya supaya dia akan istiqamah kerana  menjadi insan terpilih mendapatkan hidayah Allah.

Secara jujur, sebagai penyanyi, saya juga berusaha menerapkan nilai-nilai baik dan positif di dalam lagu-lagu saya. Inilah yang saya usahakan kerana saya tahu, siapa pun kita, masing-masing ada peranan untuk mendorong orang lain menjadi insan yang lebih baik, bersemangat, tidak mudah putus asa serta bangkit.

Sebagai penyanyi, Siti memberitahu dia akan berusaha menerapkan nilai yang positif buat semua masyarakat.

Sumber: Siti Nurhaliza & Harian Metro

SKIP THIS AD ×