berita

‘Pelukan Dia Sangat Erat Dengan Cium Berkali-Kali Seolah-Olah Tahu Dia Akan Pergi…’

July 1st, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 6 tahun dikhuatiri lemas selepas dibawa arus ketika bermandi-manda di Sungai Perak berdekatan Kampung Loh, Karai dekat Sungai Siput bersama ahli keluarganya.

Tragedi bermandi-manda

https://www.facebook.com/norzaifitri.zainal/videos/pcb.1306734582996689/974541372996606/?type=3&theater&ifg=1

Menerusi laporan yang dipetik daripada Sinar Harian, ketika kejadian mangsa yang dikenali dengan nama Mohd Danish Irfan ada bersama-sama abang kembar serta kakaknya berusia tujuh tahun, dua saudara lain telah ditemani ibu saudara berusia 27 tahun. Tetapi malangnya, keseronokan mereka untuk bermandi-manda di sungai bertukar kepada satu tragedi pahit.

Difahamkan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri telah menerima laporan berhubung dengan insiden itu. Mereka kemudian menghantar 18 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Siput dibantu BBP Kuala Kangsar ke lokasi pencarian. Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin berkata, pihak polis, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan nelayan darat turut menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Pelukan sangat erat

Sementara itu, bapa mangsa iaitu Mohd Baharudin Mohd Nor juga turun padang dalam membantu mencari anak bongsunya itu. Menceritakan kisah itu, Mohd Baharuddin memberitahu dia sudah pun melarang mereka untuk ke sana memandangkan anak-anaknya itu sudah dua hari turun bermandi-manda di sungai.

Saya sendiri bimbang keselamatan mereka. Keadaan arus sungai ini tidak menentu kerana semalam, keadaan airnya cetek dan air tenang.

Lebih memilukan apabila Mohd Baharudin memberitahu sehari sebelum kejadian, anak bongsunya yang disifatkan sebagai seorang yang ceria itu telah meminta untuk tidur bersamanya.

Dia minta tidur bersama saya malam semalam dan pelukan dia sangat erat dengan cium berkali-kali seolah-olah tahu dia akan pergi.

Sumber: Sinar Harian, Astro Awani, Facebook

SKIP THIS AD ×