berita

Pelumba Indonesia Kemalangan Dalam Perlumbaan MotoGP & Meninggal Dunia Ketika Beraksi Di Litar Sepang

November 3rd, 2019 | by Shahira
Kini Trending

Salah seorang pelumba sokongan Grand Prix (GP) Malaysia, Idemetsu Asia Talent Cup disahkan meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kemalangan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) baru-baru ini.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan MotoGP, kemalangan yang melibatkan pelumba dari Indonesia, Afridza Munandar dikatakan berlaku di selekoh 10 pusingan pertama dengan bendera merah dikibarkan sejurus selepas kemalangan tersebut berlaku.

Jatuh kemudian dilanggar pelumba lain

Menerusi laporan Stadium Astro, mangsa yang berusia 20 tahun itu dilihat rebah menyembah bumi apabila dia gagal mengawal motosikalnya ketika berada di selekoh 10.

Walau bagaimanapun, menurut saksi, mangsa dikatakan mampu bangun semula untuk mengangkat kembali motosikalnya tetapi nasib tidak menyebelahinya apabila dia kemudian dilanggar pelumba lain sehingga menyebabkan kecederaan parah.

Meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital

Susualan itu Berita Harian turut melaporkan bahawa mangsa yang merupakan pelumba Indonesia itu kemudian diberikan rawatan awal oleh paramedik yang berada disitu sebelum dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur menggunakan helikopter.

Mangsa dikatakan telah menghembuskan nafasnya yang terakhir semasa dalam perjalanan ke hospital.

Sumber: MotoGP, Stadium Astro, Berita Harian

SKIP THIS AD ×