berita

‘Tak Sabar Nak Pergi Stadium!’ – Bakal Pemain Import Perak Persis Bintang K-Pop Buat Gadis Tak Keruan

December 13th, 2019 | by Shafika
Kini Trending

Baru-baru ini viral di laman twitter, apabila pengendali akaun Perak Power memuat naik beberapa foto seorang pemain import dari Korea Selatan yang bakal dibawa masuk oleh pasukan bola sepak Perak (Perak FA).

Dikhabarkan pemain itu bakal berada di posisi pertahanan, memang lepas ini tak hairanlah kalau stadium asyik penuh. Mana taknya, memang macam selebriti K-Pop. Patutlah gadis-gadis tak senang duduk.

Bakal jadi pemain pasukan Perak FA

Lebih 4k retweet, wajah pemain bola sepak itu jadi bualan hangat wanita di twitter. Rata-ratanya memuji ketampanan wajah pemain import ini yang selayaknya menjadi selebriti di Korea. Jeon Hyo-Seok merupakan anak kelahiran Korea Selatan yang baru berusia 22 tahun. Fuh mudanya!

Buat pengetahuan semua, ini merupakan kali pertama Hyo-Seok akan beraksi di luar negara memandangkan sebelum ini dia hanya sempat beraksi bersama kelab bola Asan Mugunghwa FC sahaja.

Memang kacak sungguh!

Pemain bola sepak kacak ini mempunyai ketinggian 187 cm dan bakal bermain di posisi pertahanan dan tengah. Walau bagaimanapun, kelab bola sepak Perak FC masih belum membuat pengumuman rasmi mengenai ini.

Namun, ramai yang berharap khabar angin ini betul kerana ramai yang semangat untuk menyokong pasukan Perak. Fuh silap hari bulan, gadis negeri lain pun sokong Perak!

Boleh jadi model pelakon

Agak-agak nanti stadium pastilah dibanjiri kaum wanita. Betul tak? Malah ramai juga yang teruja untuk menantikan kemunculan pemain import ini. Bukan biasa-biasa!

Terus minat bola!

Sumber : Perak Power

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×