Pemain piano ‘classical crossover’ terampil, Maksim Mrvica atau ringkasnya Maksim, akan kembali ke Kuala Lumpur sempena siri jelajah terkini beliau.
Artikel Berkaitan: Boney M Kembali Membawa Irama Disko Ke Kuala Lumpur Sempena Jelajah Jubli Emas
12 Februari 2025
Anjuran Lo-Fi Entertainment, Maksim Segmenti World Tour akan mengalunkan para penggemar muzik di Mega Star Arena, KL pada 12 Februari 2025 (Rabu), jam 8.30 malam.
Beraksi dengan orkestra, Maksim akan membawakan repertoir gubahan asal dan variasi daripada album terbaharunya, “Segmenti” yang menampilkan hit popular ABBA dan Queen, serta karya agung klasik yang abadi dari Chopin, Prokofiev dan Tchaikovsky.
Berasal dari Šibenik di Croatia, Maksim mulai pelajaran piano ketika berumur sembilan. Walaupun perang tercetus pada zaman remajanya, beliau tetap mempelajari instrumen itu. Maksim dilatih secara klasik di Akademi Muzik Zagreb, Akademi Muzik Franz Liszt di Budapest, Hungary dan Konservatori Rusia Alexander Scriabin di Paris, Perancis.
Menerusi album-album terobosan, beliau dilonjakkan ke arah kepopularan yang jarang berlaku bagi seseorang pemain piano. Kesenimanan Maksim terus meninggalkan kesan mendalam pada bidang seni serta orang ramai seluruh dunia.
Selain itu, Maksim mampu mencecah 16 nota dalam sesaat. Karya terkenalnya termasuk “Croatian Rhapsody”, di samping rendisi “Flight of the Bumblebee” serta tema daripada “Pirates of the Caribbean”, “Game of Thrones” dan “Mission Impossible”.
Tiket boleh didapati di www.ticketingtix.com pada harga RM888 (VIP), RM688 (CAT 1), RM488 (CAT 2), RM288 (CAT 3) dan RM188 (CAT 4) mulai 12 Disember 2024, 12.00 tengah hari. Ikuti Lo-Fi Entertainment di Instagram (www.instagram.com/lofi.entertainment) dan Facebook (www.facebook.com/lofi.entertainmentkl) untuk maklumat lanjut.