berita

Pemandu Ambulans Meninggal Dunia Selepas Hantar Pesakit Covid-19

November 24th, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Ekoran peningkatan kes positif harian Covid-19 setiap hari, petugas kesihatan dan kakitangan hospital dikatakan terpaksa bekerja lebih bagi memastikan orang ramai mendapat rawatan yang sewajarnya. Di Tronoh Perak, seorang pemandu van ambulans meninggal dunia ketika bertugas didakwa terlalu letih seharian bekerja. Bayangkan bekerja dengan memakai Peralatan Perlindungan Peribadi ( PPE) dalam jangka masa yang panjang memang meletihkan.

Kerja 24 jam

Menurut informasi, seorang pemandu ambulans di Klinik Kesihatan, Tronoh Perak tumbang selepas menghantar pesakit Covid-19. Punca kematian dikatakan akibat terlalu letih kerana kerja. Walau bagaimanaun, menurut seorang wanita di Twitter, dia memaklumkan arwah meninggal dunia kerana dipercayai diserang penyakit asma selepas menghantar pesakit Covid-19. Belum sempat untuk ambil peralatan bantuan pernafasan, arwah sudah jatuh pengsan. Al fatihah.

Dalam pada itu, di ruangan komen rata-rata melahirkan rasa terharu dan sebak dengan pengorbanan pemandu itu yang membantu negara menangani wabak Covid-19. Tak kurang juga yang meminta agar kerajaan memberi peluang pekerjaan kepada orang ramai sebagai pemandu van ambulans. Perkara ini dilihat membebankan pekerja terutama di musim pandemik ini. Apa-apa semoga jasa arwah dibalas oleh Allah SWT dan syurga tempatmu.

Sumber : Viral Perak

 

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×