berita

Pemandu Bas Bekas Tentera ‘Ajar’ Peragut

June 16th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Tindakan berani seorang pemandu bas di Miskolc, Hungray mendapat pujian ramai selepas dia bertindak pantas menyelamatkan seorang wanita yang hampir diragut.

Tindakan berani pemandu bas


Menerusi laporan yang dipetik daripada Daily Mail, insiden cemas itu berlaku ketika dia sedang memandu bas di kawasan pasar Ujgyor dan terlihat seorang wanita tua sedang bergelut dengan peragut menggunakan tongkatnya.

Video tersebut sempat dirakam kamera pengawasan bas memaparkan pemandu bas yang juga merupakan bekas askar itu telah memberhentikan kenderaannya dan berlari ke arah wanita berkenaan sebelum menolak peragut tersebut.

Suspek berjaya ditahan

Pemandu bas itu kemudian memeriksa keadaan sekeliling dan melihat suspek telah pun melarikan diri. Sebaik sahaja kelibat suspek tidak kelihatan, individu tersebut telah membawa mangsa menaiki bas untuk meneruskan perjalanannya.

Sementara itu, mangsa dikatakan tidak mengalami sebarang kecederaan ekoran daripada insiden cemas itu. Difahamkan, suspek yang berusia 27 tahun telah ditahan oleh pihak polis bagi membantu siasatan.

Sumber: Daily Mail, Metro UK

SKIP THIS AD ×