berita

Pemandu ‘Ghaib’ Lepas Towing Ke Bengkel, Misteri Beg Besar Dalam Kereta Terungkai Apabila…

September 18th, 2020 | by Arini Saleh
Kini Trending

Misteri beg besar dalam sebuah kereta di Alor Gajah, Melaka terbongkar apabila beg tersebut rupa-rupanya berisi mayat. Memetik laporan Berita Harian, mayat di dalam beg tersebut ditemui rentung dalam kereta terbakar di Kawasan Perindustrian Ringan Pulau Sebang.

Jumpa mayat dalam beg besar

Tambah laporan itu lagi, sepasukan anggota daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat menjumpai beg ‘misteri’ itu ketika memadamkan sebuah kenderaan terbakar sebelum bertindak menghubungi pihak polis.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Mohd Nor Yhazid Idris, pihaknya menerima panggilan daripada bomba berkenaan penemuan sebuah beg di bahagian tempat duduk belakang kereta tersebut.

Sebaik tiba di lokasi kejadian, mereka membuka beg dan mendapati terdapat mayat yang sudah rentung.

Ujarnya lagi, pekerja bengkel ada nampak beg besar tersebut namun tidak mengesyaki apa-apa. Pihak bengkel juga tidak membuat kerja pembaikian kereta rosak ekoran pemandu tidak membuat bayaran trak tunda.

Pemilik bengkel dan pekerjanya mengambil kereta itu dengan menggunakan trak tunda pada jam 4 petang kelmarin sebelum diletakkan di hadapan bengkelnya di kawasan perindustrian itu.

Bagaimanapun, pemandu kereta itu tidak membuat bayaran perkhidmatan trak tunda dan menyebabkan pemilik bengkel tidak membuat kerja pembaikan kerosakan kereta itu.

Mayat dibawa ke Hospital Alor Gajah untuk dibedah siasat dan polis masih mengesan pemandu kereta terbabit.

Siasatan awal mendapati kereta tersebut dipandu seorang lelaki sebelum rosak di Kawasan Rehat dan Rawat Jejantas Ayer Keroh di Lebuh Raya Utara-Selatan.

Difahamkan pemilik bengkel tidak membuat sebarang perjanjian bertulis dengan pemandu untuk kerja-kerja pembaikian.

Sumber : Berita Harian

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×