berita

Pemandu Grab Dedah Wanita Myanmar Bukan Islam Bekal Sarapan Kepada Peniaga Melayu

September 24th, 2019 | by Shafika
Kini Trending

Sebagai seorang pemandu Grab, pasti terdapat pelbagai ragam dan kisah yang dihadapi mereka saban hari. Ada yang berdepan dengan penumpang mabuk, pelayan kelab malam dan sebagainya.

Terbaru, apa yang diceritakan pemandu Grab ini kepada penumpangnya mengejutkan ramai orang apabila dia mendedahkan seorang wanita Myammar sanggup menjual nasi lemak kepada peniaga Melayu untuk diedarkan. Wanita Myammar itu dikatakan sudah lama menetap di Malaysia dan berkahwin untuk mendapatkan status warganegara

Orang Myanmar ada IC biru kahwin dua

(sekadar gambar hiasan)

Pagi ni saya betul-betul mahu kongsi kisah ni. Dia bawak Grab. Bila saya berpeluang duduk ngan dia dalam Grabnya saya tanya dia. “Passenger duduk belakang la kan?” Dia angguk. Dan cakap, “Kalau GRO duduk depan.” Saya pandang dia. Nak dengar dia cerita lagi. “Ada macam-macam orang kita jumpa. Ada cina mabuk. Ada GRO. Ada Bangla. Ada sekali tu Cina Myanmar.

Muka sebijik cina lah. Kawin orang Malaysia. Dapat ic biru. Dekat Myanmar dah ada suami. 2 anak. Kat Malaysia kawin suami lain. Dapat kerakyatan. Dia kata sana hidup susah. Nak makan susah. Dapat makan nasi tu pun dah kira mewah. Kat Malaysia ni makan mewah. Ayam murah. Daging murah.” Saya diam.

Kerja masak jual kat orang Melayu

(sekadar gambar hiasan)

Banyak berfikir apa dia ceritakan. Rasa bersyukur pun ada sebab lahir-lahir kat Malaysia. “Diaorang boleh ek ada 2 suami?” Tanya saya sambil gelak sikit. “Yang kat Malaysia ni mungkin boneka je. Untuk dapat kerakyatan. Kawin diorang bukan macam kita. Daftar je. Tak semestinya bersama.” Sambung dia. Ya juga. Fikir saya. Sebab dia dah bersuami kan.

“Dia kata kat Malaysia ni dia banyak simpan duit. Kalau dia takde duit dia tak naik Grab. Dia naik MRT je.” “Habis kat Malaysia ni dia keje apa?” Tanya saya betul-betul ingin tau. “Dia kata dia keje pukul 3 pagi. Bangun masak-masak. Siap bagi ke orang MELAYU jual. Mee kari, nasi lemak, mee goreng. Dia kata dia masak je. Orang Melayu ambik ngan dia jual tepi-tepi jalan.”

Orang Melayu tolong jualkan nasi lemak

(sekadar gambar hiasan)

“HUHHH?” Bulat mata saya. Terkejut betul saya dengar. “Area mana tu? Ya Allahhh kenapalah orang Melayu kita ni.” Terus terbayang muka-muka orang Melayu yang saya beli nasi lemak tepi jalan. Ya Allah janganlah ada aku terbeli ngan orang yang macam ni. “Dia taknak bagitau siapa yang jual. Dia cakap adala Malays yang jualkan.” Saya kata, “Kan masa ambil dia tu kat rumah dia kan? Dia duduk area mana? Mesti dia jual area tu.”

“Dia duduk kat Kajang.” Saya terpaku. Kesal. Teringat kisah yang sama di Cameron. Yang jual di depan orang Melayu. Tokay, yang masak di belakang, orang Cina bukan islam. Walaupun lega dia bukan area saya tapi saya rasa kesian orang-orang yang terbeli makanan yang dimasaknya. Ini bukan soal kaum ke bangsa. Ini tentang makanan yang dimasak tu halal ke tidak. Mencari yang halal itu wajib.

Selidik dulu sebelum beli

(sekadar gambar hiasan)

Kawan,

Selidik dulu sebelum kita beli. Kalau boleh tanyalah penjual tu dia masak sendiri. Ya, saya tanya. Dan cubalah at least sebelum singgah mana-mana kedai ke gerai ke cuba doa dulu Allah hantarkan ke tempat orang islam yang bersih, yang halal. Perhatikan cara penjual tu berpakaian. Tutup aurat ke tidak. Cara dia bercakap, bahasanya. Ini cuma langkah berjaga-jaga.

Sebab, Ustaz Abdul Somad penah menyebut, “terambil” yang haram menyebabkan kita dan anak-anak MALAS DAN BERAT UNTUK BERIBADAH. Allah. Ini bukan main-main. “Tidak tahu” bukan isunya. Jika was-was jangan beli. Kisah ni ada banyak benda yang nak saya sampaikan. Saya harap anda juga dapat sesuatu.

Sumber : Jamiah Aakai

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×