berita

Pemandu Myvi ‘Racing’ Atas Jalan Raya Hingga Kanak-Kanak Tercampak Keluar Dah Kena Cekup

February 12th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Semalam, seorang pengguna Facebook, Paidaiah Ramu menceritakan detik cemas apabila kereta yang dipandu adiknya secara tiba-tiba telah dilanggar oleh sebuah kereta Perodua Myvi di Kilometer 235.5 Lebuhraya PLUS berhampiran Pedas, Rembau, Negeri Sembilan. Ekoran kejaidan tersebut, anak buahnya tercampak keluar dari kereta.

Menerusi laporan Harian Metro, pihak polis sudah menahan seorang lelaki yang juga pemandu Perodua Myvi putih itu bagi tujuan siasatan.

Polis tahan pemandu

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Negeri Sembilan, Superintendan Ibrahim Abdul Kadir, lelaki tersebut berjaya ditahan oleh pihak polis di Batu Berendam, Melaka kira-kira 4.50 petang semalam. Tambahnya, dia turut memberikan ucapan terima kasih kepada orang awam yang membantu pihak polis mengesan lelaki itu.

Susulan siasatan lanjut, pemandu lelaki Perodua Myvi putih berusia 20 tahun yang tular di media sosial ditahan di Batu Berendam, Melaka pada 4.50 petang tadi. Reman akan dipohon untuk meneruskan siasatan lanjut. Selain itu, pemandu Honda Jazz biru iaitu lelaki berumur 23 tahun sudah tampil membuat laporan polis. Siasatan lanjut masih diteruskan.

Tiba-tiba panik dan cemas

Berkongsi mengenai kejadian tersebut, T Citra yang merupakan ibu kepada kanak-kanak berusia dua tahun itu memberitahu bahawa dia berada dalam keadaan panik dan cemas selepas anaknya S Tisshaand tercampak keluar dari  kenderaan yang dinaiki. Tambahnya, ketika kejadian anak bongsunya itu sedang tidur di pangkuannya sebelum terlepas dari pegangan dan tercampak keluar dari cermin kereta yang pecah.

Secara tiba-tiba bunyi hentaman kuat di sebelah kiri kereta kami menyebabkan cermin sebelah penumpang pecah. Saya hanya mendengar anak sulung dan dua anak saudara di tempat duduk belakang menjerit. Tidak menyangka anak yang sedang dipangku tercampak keluar melalui cermin kereta yang pecah itu.

Sebaik kereta kami berhenti disebabkan tayar hadapan pecah, saya terus keluar dan mendapati anak yang ketika itu berada di lorong tengah lebuh raya. Saya terus meluru ke arahnya dan lihat ada darah pada mukanya. Detik cemas ini sukar dilupakan namun saya sedikit lega kejadian itu tidak membabitkan kehilangan nyawa. Namun kesal kerana kejadian itu mengakibatkan anak saya mengalami luka di muka dan kepala.

Citra turut memaklumkan bahawa mereka sedang dalam perjalanan pulang ke rumah di Taman Cempaka Rantau, selepas menyambut Thaipusam di Johor Bahru, Johor.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×