berita

Pemandu Teksi ‘Makan’ Steering Lock

March 6th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Tangkap layar video

Di media sosial, tular satu video di mana berlakunya pergaduhan di antara penunggang motosikal dan pemandu teksi. Menerusi video berdurasi dua minit itu, memaparkan mereka berdua ini bergaduh di tengah jalan sebelum dihalang oleh orang awam yang berada di tempat kejadian.

Kisahnya bermula, apabila pemandu teksi itu bertindak mengajukan ‘steering lock‘ kepada penunggang motosikal itu sebelum ‘senjata’ itu dirampas. Difahamkan kejadian tersebut berlaku semalam di Damansara, Selangor. Pergaduhan tersebut telah dirakam dan dikongsi di laman sosial.

Gara-gara tukar laluan

Foto: Tangkap layar video

Menurut sumber, pergaduhan tersebut dipercayai berpunca apabila pemandu teksi itu yang sesuka hati masuk ke laluan orang lain tanpa memberikan signal. Bukan itu sahaja, pemandu yang lain turut membunyikan hon, namun dia sama sekali tidak menghiraukan amaran tersebut.

Kes nak masuk dari lane paling kanan ke kiri. Pemandu teksi tu orang hon banyak kali buat taktau terus himpit. Berhenti dekat traffic light budak tu terus ketuk cermin teksi. Pemandu teksi tu tak puas hati turun bawak steering lock hayun dekat budak tu. Kena tangan budak tu tapi budak tu dapat rampas steering lock tu yang hayun balik dekat pemandu teksi itu.

Kini, kedua-dua mereka telah dibawa ke Hospital Selayang bagi mendapatkan rawatan selanjutnya. Bagaimanapun, seorang lelaki penghantar makanan terpaksa menanggung kesakitan berikutan cuba meleraikan pergaduhan tersebut. Hal ini demikian kerana ‘steering lock’ yang dihayunkan terkena kakinya.

Namun, tiada sebarang info tambahan berhubung pergaduhan ini.

Sumber: Facebook

SKIP THIS AD ×