Di Instagram, penyanyi Datuk Aishah meluahkan rasa musykil dengan pemilihan rakan duet bagi pertandingan All Stars Gegar Vaganza (ASGV) minggu keempat yang akan datang.
Artikel Berkaitan: ‘Seminggu Simpan Perasaan, Menangis & Cakap Seorang Diri’ – Azharina Berjaya Menjiwai Lagu ‘Ayah’
Artikel Berkaitan: Azharina Menangis Bukan Sebab Komen Juri – ‘Saya Bersalah Dengan 4 Orang Guru’
Ragu dengan sistem pemarkahan
Menurut Aishah, pemilihan penyanyi jemputan dalam kalangan rakan atau keluarga peserta membuatkan dia berasa ragu dengan sistem pemarkahan yang bakal dibuat nanti. Ini termasuk kaedah barisan juri profesional menilai persembahan penyanyi jemputan memandangkan mereka dipercayai akan dinilai juga.
Bila dilihat senarai artis duet ini ada menyanyikan lagu mereka sendiri dengan peserta, ada pula berduet dengan ahli keluarga. Yang lain biasalah, dengan pasangan duet sama ada jarang jumpa, mungkin ada tak pernah bertemu. Setahu saya pasangan duet juga akan dihakimi.
Jadi bagaimana kalau nak bandingkan dengan pasangan duet yang baru atau sudah lama tak jumpa menyanyikan lagu mereka hafal dan kaji. Kalau dibandingkan dengan pasangan duet nyanyi lagu sendiri.
Hubungan dan keserasian orang asing dengan keserasian ahli keluarga juga akan sangat berbeza. Jadi permarkahan bagaimana yang akan diberikan kepada pasangan duet yang kena belajar lagu dan mencari keserasian dalam waktu singkat.
Berbanding dengan mereka yang empunya lagu dan yang dah kenal seumur hidup sekadar bertanya.
Walau bagaimanapun, Aishah memaklumkan ia sekadar ingin bertanya mengenai perkara itu kerana rasa ingin tahu.
Terbaru, Aishah berharap netizen jangan salah anggap mengenai kenyataannya.
Masa saya bertanyakan mengenai bagaimana nanti penghakiman rakan duet,since ada yang akan nyanyi lagu sendiri, ada nyanyi dengan abang sendiri so sudah tentunya ada sedikit advantage. I ada hak untuk bertanya.
Firstly, saya nak clearkan hal ini dulu. Saya sangat bangga akan dapat berduet dengan Vince. Saya kenal dia dari time dia menang AF lagi. Dia bukan pilihan pertama saya kerana mula-mula saya mencari artis yang lebih kurang sebaya. Nak nyanyi lagu cinta la pula. Tapi mereka ni tidak available. Jadi kita menyanyi dengan ‘anak ikan’ yang handsome.
Kadang-kadang ada nama lebih besar di sebelah juga ada risikonya. So relax, kita enjoy konsert nanti, jangan nak tambah dosa mengata je.
Sumber: Aishah