berita

Pembaca Berita Hangus Dalam Kebakaran Ketika Cuba Selamatkan Ibu Bapa

November 9th, 2019 | by Shahira
Kini Trending

Seorang pembaca berita terkenal, Zeng Yingxin ditemui maut dalam kebakaran yang berlaku di sebuah pangsapuri di Shatin, Hong Kong baru-baru ini. Ketika kejadian, mangsa dikatakan cuba menyelamatkan ibu bapanya yang masih terkurung di dalam rumah tersebut.

Selamatkan ibu bapa terlebih dahulu

Menerusi laporan daripada World Of Buzz, kejadian itu kemudiannya dimaklumkan kepada pihak bomba selepas 5 minit kejadian berlaku. Namun, malangnya gadis berumur 26 tahun itu tidak dapat diselamatkan.

Pada awal kejadian, Zeng Yingxin dikatakan sudah berjaya menyelamatkan dirinya tetapi mangsa masuk semula ke dalam rumah untuk memaklumkan kepada ibu bapanya yang sedang tidur tentang kebakaran tersebut.

Selepas memaklumkan tentang kejadian, mangsa dikatakan telah masuk semula kedalam biliknya tanpa mengetahui sebab.

Mangsa terbaring dan hangus

Menerui laporan Tribun News, ketika pihak bomba datang ke tempat kejadian, mereka berjaya menyelamatkan kedua ibu bapa Zeng Yingxin yang mengalami kecederaan ringan.

Tapi malangnya, apabila pihak bomba kembali semula untuk menyelamatkan gadis ini, mereka mendapati tubuh mangsa yang sedang terbaring didalam biliknya telah pun hangus dijilat api yang marak.

Ibu bapa alami kecederaan ringan

Sementara itu, ibu bapa mangsa dikatakan telah dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Mereka mengalami kecederaan ringan akibat terhidu asap tebal semasa kebakaran tersebut.

Kejadian kebakaran ini juga turut memberi kesan pada dinding rumah unit ditingkat 9 hingga 11. Walau bagaimanapun, punca kebakaran itu masih dalam siasatan pihak polis di Hong Kong.

Sumber: World Of Buzz, Tribun News

SKIP THIS AD ×