berita

Pembantu Rumah Dipenjara, Padah Gigit Bayi Enggan Tidur

April 5th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Gambar sekadar hiasan

Hanya kerana tertekan bayi jagaannya enggan tidur, seorang pembantu rumah bertindak menggigit bayi tersebut.

Artikel Berkaitan: Bunuh Bayi Zara Dengan Kejam, Suami Pengasuh Akhirnya Ke Tali Gantung

Artikel Berkaitan: Tak Tahan Dengar Tangisan Masa Main ‘Game’, Bapa Pukul Bayi 6 Bulan Sampai Mati, Mangsa Pernah Dicucuh Puntung Rokok!

Ibu bayi nampak kesan lebam

Gambar sekadar hiasan

Ketika kejadian, pembantu rumah tersebut menjaga sepasang bayi kembar dan salah seorang bayi itu tidak mahu tidur walaupun pelbagai usaha untuk menidurkannya sudah dilakukan.

Setelah setengah jam, usahanya masih lagi gagal dan dia sudah mula hilang sabar lalu bertindak mengigit bayi tersebut. Dia bertindak sedemikian kerana merasakan mangsa hanya mahu melengahkannya sedangkan dia perlu melaksanakan kerja rumah yang lain.

Wanita itu juga sekali lagi menggigit bayi tersebut pada tangan kiri sehingga lebam.

Ibu bayi yang menyedari kesan lebam berbentuk seperti gigitan pada lengan anaknya, telah mengesyaki perbuatan itu dilakukan oleh pembantu rumahnya. Ibu mangsa kemudian terus menanyakan perkara tersebut kepada wanita itu sehingga akhirnya dia mengaku.

Susulan itu, ibu bayi tersebut membuat laporan polis.

Dijatuhkan hukuman

Gambar sekadar hiasan

Hakim Daerah, Tan Jan Tse menegaskan bahawa hukuman penjara perlu dijatuhkan bagi kes-kes seperti ini.

Bagi kes penderaan kanak-kanak yang tidak membawa maut membabitkan keganasan fizikal, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara sekurang-kurangnya selama enam bulan.

Parlimen juga menggandakan hukuman terhadap kes sedemikian rupa di bawah Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda.

Bagaimanapun, Hakim telah meluluskan permintaan wanita itu untuk menangguhkan hukuman selama seminggu bagi memberi peluang untuk dia menghubungi keluarganya di Indonesia.

Pembantu rumah tersebut boleh dihukum penjara sehingga lapan tahun, didenda RM26,516 (8,000 Dollar Singapura) atau kedua-duanya sekali atas kesalahan mendera kanak-kanak dengan sengaja sehingga menyebabkan kesakitan fizikal.

Sumber: Channel News Asia

SKIP THIS AD ×