Walaupun pembedahan bariatrik atau lebih dikenali sebagai ‘pembedahan potong usus/perut’ bukanlah perkara baru, namun sejak semalam topik ini mula menjadi bualan netizen selepas Datuk Seri Rina Harun dilihat kurus selepas 2 tahun. Menurutnya, dia mengamalkan gaya hidup sihat dan berbasikal.
Artikel Berkaitan : Penampilan Terkini Raih Perhatian Ramai, Rina Harun Kongsi ‘Rahsia’ Kurus
Artikel Berkaitan: Penampilan Terkini Rina Harun Tarik Perhatian, Didakwa Kurus Kerana Kuat Bekerja Untuk Rakyat
Terbaru, Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi laman Facebook rasminya menjelaskan mengenai pembedahan bariatrik ini bukan pembedahan semata-mata untuk kurus dan cantik. Ianya lebih kepada menjaga kesihatan diri buat individu yang mengalami masalah penurunan berat badan.
Bukan sekadar nak kurus
Adakah anda sudah berusaha untuk mengurangkan berat badan namun masih tidak menemui jalan keluar. Penyakit yang berpunca dari berat badan berlebihan mula hadir dan anda benar benar mahu melakukan perubahan? Ini mungkin satu solusi yang boleh dipertimbangkan.
Pembedahan Bariatrik atau mengecilkan perut sesuai dijalankan ke atas mereka yang indeks jisim badan (BMI) melebihi 35 dan gagal mendapatkan penurunan badan kekal dan konsisten dengan cara lain.
Menerusi perkongsian Public Health Malaysia, mereka memaklumkan bahawa pembedahan ini bukan seperti pembedahan kosmetik yang lain seperti yang disangkakan oleh orang ramai. Namun, fungsi utama pembedahan bariatrik ialah lebih kepada pemulihan kesihatan kerana masalah obesiti punca pelbagai penyakit kronik. Ianya bukan sekadar untuk tampak kurus.
Apa yang berlaku selepas anda menjalani pembedahan ini? Selepas pembedahan, pesakit akan berasa cepat kenyang dan kurang selera makan serta menyebabkan sistem tubuh mengambil tenaga daripada lemak pada badan sebagai ganti kepada makanan yang biasa diambil.
Hasilnya, berat badan akan berkurangan. pesakit akan dapat melihat kesan positif seperti pengurangan berat badan yang ketara, tekanan darah menurun, memulihkan pesakit yang mengalami diabetes tahap 2 serta merendahkan kolesterol. Dari segi psikologi juga semakin bagus kerana ia meningkatkan keyakinan diri dan pengawalan emosi
Dapat memulihkan masalah kesihatan
Selain itu, pembedahan ini dapat memulihkan masalah pernafasan ketika tidur, pedih ulu hati, memperbaiki pergerakan anggota badan malah menghilangkan sakit teruk pada sendi-sendi tulang akibat berat badan yang berlebihan. Malah, masalah kitaran haid wanita obes yang tidak teratur yang mengganggu kesuburan juga dapat diperbaiki.
Pembedahan pintasan perut telah terbukti mampu mengurangkan berat badan sebanyak 60% dalam tempoh 2 tahun. Bukan sahaja penampilan fizikal akan bertambah baik, kebanyakan penyakit metabolik seperti kencing manis, kolesterol dan darah tinggi berjaya dikawal.
Pembedahan ini diyakini selamat kerana beberapa selebriti tempatan popular seperti Aishah, Chef Zam, Rahim Sepahtu, Micheal Ang telah menjalani pembedahan ini dan hasilnya boleh dilihat hari ini.
Sumber : Public Health Malaysia