berita

Pementasan Teater Sudirmania – Pentas Kecil Jiwa Besar. Syabas!

June 3rd, 2014 | by Noraniza
Kini Trending

Screen Shot 2014-06-02 at 11.29.27 PM

Tidak memerlukan bantuan props yang extraordinary, tanpa recycle wajah selebriti terkemuka, ternyata pementasan teater SudirMania sememangnya sudah menetapkan kelasnya yang tersendiri.

Walaupun hanya dipersembahkan menerusi pentas yang kecil, jiwa-jiwa besar dalam setiap watak yang dibawa telah berjaya mempengaruhi penonton supaya tidak berganjak daripada tempat duduk.

Diilhamkan sempena memperingati Allahyarham Sudirman, perjalanan cerita tampak ‘hidup’ apabila ianya berjaya digarap kemas oleh pengarah teater, Khairunazwan Rodzy.

Screen Shot 2014-06-02 at 11.28.56 PM

Watak 3 penagih dadah menyuntik elemen humor

Kisahnya ringkas tetapi padat. Bermula dengan plot kisah sedih orang tua bernama Yusof yang begitu mencintai Laila dan saban hari menunggu kepulangan ibu kepada dua anaknya itu.

Laila telah meninggalkan kampung dek kerana mahu mengejar cita-citanya yang mahu menjadi penyanyi di kota Kuala Lumpur dan seterusnya menjadi isteri kepada orang kaya.

Plot seterusnya dikembangkan dengan penceritaan mengenai kisah percintaan anaknya, Ramlan yang mahu berjumpa dengan kekasihnya Zeti di konsert Surdiman yang diadakan di Chow Kit Road.

Namun, cinta itu tidak selalunya indah. Zeti sebenarnya sudah bertunang dengan Osman yang juga merupakan seorang kaki mabuk dan panas baran.

Cinta yang tidak kesampaian antara dua pasangan ini menjadi babak utama sepanjang penceritaan dan turut diserikan lagi dengan konflik-konflik antara watak sampingan yang lain.

Screen Shot 2014-06-02 at 11.29.06 PM

Bakat-bakat baru yang bukan sahaja mampu berlakon, malah mempunyai vokal yang hebat

Sejujurnya, memang terdapat cela di beberapa babak. Namun, ianya dapat dimaafkan apabila melihat keghairahan wajah-wajah baru yang begitu teruja dapat beraksi di pentas Lambang Sari.

Jika nak dibandingkan dengan beberapa teater yang memakan kos berganda-ganda, pelakon pementasan teater SudirMania ini boleh diberikan pujian menggunung kerana berjaya menjiwai watak dan membawa emosi dengan begitu cemerlang.

Rasanya, jika diberikan peluang, kumpulan Revolution Stage ini mampu mengorak langkah lebih jauh dalam bidang teater. Siapa tahu, mungkin ada juga antara mereka yang akan panjang langkah ke bidang lakonan drama dan filem bukan?

P/S: Tak perlu cantik, bakat sahaja sudah mencukupi. Daripada cantik, tapi berlakon kayu. Setuju?

 

 

 

 

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×