berita

Pemergian ‘Pak Andak’ Akan Terus Dirindui, Artis Kongsi Pesanan Terakhir Arwah

September 14th, 2020 | by Amat
Lensa Insta

Pelakon veteran iaitu Idris Md Diah menghembuskan nafas pada 2.30 pagi tadi di kediamannya di Presint 9, Putrajaya. Pemergian pelakon drama 7 Hari Mencintaiku iaitu ‘Pak Andak’ meninggalkan kesan yang mendalam buat kalangan artis senior mahupun baharu.

Remy Ishak, Azar Azmi dan Azlee Khairi antara pelakon yang berkongsi pesanan terakhir Allahyarham Idris Md Diah sebelum arwah meninggal dunia.

‘Kau boleh pergi jauh, dik’

https://www.instagram.com/p/CFGn7jun_vo/

Remy Ishak menerusi akaun Instagram berkongsi pesanan arwah kepada dirinya sewaktu mereka bekerjasama untuk salah sebuah drama di RTM. Arwah mempercayai bahawa Remy Ishak akan berjaya dalam bidang lakonan suatu hari nanti. Kata-kata itu pernah dilontarkannya ketika Remy Ishak baru berjinak dalam dunia lakonan.

Seorang yang serius tapi kelakar

https://www.instagram.com/p/CFGVjvynKJW/

Sementara itu, pelakon drama Nur iaitu Azar Azmi menyifatkan pemergian Allahyarham Idris Md Diah itu adalah kehilangan yang sangat besar buat industri negara. Tambahnya, arwah disifatkan sebagai seorang yang serius tetapi punyai sifat kelakar. Bukan itu sahaja, arwah juga merupakan ayah yang sering memberi nasihat dan mengajar anak-anak.

‘Berpegang pada pesanan ayah’

https://www.instagram.com/p/CFGv6wohd7N/

Azlee Khairi turut berkongsi petikan sebuah video lakonan bersama arwah di laman Instagram. Menerusi video ini, arwah melontarkan dialog mengenai manfaat bersedekah. Walaupun arwah berpesan dalam lakonan, namun, Azlee Khairi akan selalu ingat pesanan ini dan digunakan di dunia nyata.

‘Pak Andak, you will forever be missed

https://www.instagram.com/p/CFGZkTDHtmP/

Siti Saleha antara salah seorang peneraju utama drama 7 Hari Mencintaiku dan pernah bekerjasama dengan arwah. Siti Saleha menerusi laman Instagramnya mengakui hubungan mereka semua sudah dianggap sebagai keluarga. Siti Saleha juga akan tetap merindui ‘Pak Andak’ buat selamanya.

Sumber: Remy Ishak, Azar Azmi, Azlee Khairi

SKIP THIS AD ×