berita

Pemilik Kereta ‘Tayar Kangkang’ Boleh Didenda RM2K Atau Penjara 6 Bulan

February 9th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Bagi peminat kereta yang mempunyai hobi untuk menghias kereta mereka, sudah pastinya terbiasa dengan terma Hellaflush atau dikenali sebagai ‘tayar kangkang’. Bahkan, di negara kita sendiri banyak kereta yang sudah diubah suai dan tayarnya menjadi sedemikian rupa.

Susulan daripada trend yang semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat, pihak Polis Diraja Malaysia menerusi satu posting di laman Facebook tampil berkongsi hukuman yang bakal dikenakan kepada mana-mana pemilik kenderaan yang mengikut trend tersebut.

Hukuman menanti

Antara tindakan yang bakal diambil kepada pemilik kenderaan adalah denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak melebihi daripada enam bulan.

Jika disabitkan kesalahan, hukuman denda boleh dikenakan tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak lebih daripada enam bulan. Tindakan boleh diambil di bawah Seksyen 6, Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Peraturan 138, Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 170/59 , iaitu ubah suai kenderaan tanpa kebenaran Jabatan Pengangkutan Jalan.

Jelas pihak polis, pengubahsuaian terhadap kereta mereka akan memberi kesan kepada pemanduan seseorang itu berikutan kegagalan sistem keselamatan dan brake yang tidak berfungsi dengan cekap. Perkara tersebut, secara tidak langsung akan membahayakan nyawa pemandu itu serta pemandu-pemandu yang lain.

Difahamkan, prosesnya bermula apabila pemilik kenderaan itu perlu menggunakan rim yang agak lebar dan saiznya lebih lebar daripada tayar itu sendiri yang menyebabkan tayar tersebut perlu ditarik ketika dipadankan pada rim.

Infografik

Foto: Polis Diraja Malaysia

Respon netizen

Sumber: Polis Diraja Malaysia

SKIP THIS AD ×