berita

‘Pemimpin & ‘Ayah’ Saya Sendiri Telah Buka Pintu Kerajaan Kepada…’ – Syed Saddiq

March 8th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Bekas Menteri Belia dan Sukan iaitu Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman meluahkan rasa kecewa terhadap Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dikatakan telah berkomplot dan bekerjasama dengan kalangan kleptokrat .

‘Beliau seperti ayah saya sendiri’

Menerusi laporan yang dipetik daripada Astro Awani, Ahli Parlimen Muar iaitu Syed Saddiq berkata sedemikian dalam satu temu bual bersama pengacara Mehdi Hasan untuk rancangan UpFront di saluran berita Al Jazeera. Syed Saddiq yang menganggap Perdana Menteri Malaysia itu sebagai pemimpin dan ‘ayah’ berkata dia tidak menyangka bahawa Muhyiddin sanggup mengkhianati asas penubuhan parti apabila menubuhkan ‘kerajaan pintu belakang’ tanpa pengetahuan Tun Dr Mahathir.

Beliau seperti ayah saya sendiri dan merupakan antara sebab kenapa saya menyertai politik.

Apa yang menyedihkan saya hari ini adalah pemimpin saya dan ‘ayah’ saya sendiri telah membuka pintu kerajaan dan demokrasi Malaysia kepada golongan kleptokrat sama yang mengancam saya dan keluarga, kleptokrat sama yang mengancam beliau dan keluarganya.

Syed Saddiq juga turut menyifatkan Tan Sri Muhyiddin Yassin ini sebagai seorang pemimpin yang sangat lantang bersuara dengan menentang kleptokrat global sehingga dia telah dipecat daripada jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri. Pemecatannya pada ketika itu dilakukan oleh Datuk Seri Najib Razak pada tahun 2015 disebabkan oleh Muhyiddin yang dikatakan telah melanggar disiplin.

Dikenali sebagai pemimpin integriti

Sementara itu, persoalan mengenai isu ini timbul apabila Mehdi yang juga merupakan pengacara dalam rancangan UpFront mengajukan soalan kepada Syed Saddiq dengan menanyakan tentang  pendirian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berhubung politik berasaskan kaum.

Bukankah masalahnya berpunca kerana pakatan ‘tidak berdemokratik’ ini dipimpin oleh seorang Perdana Menteri yang pernah kata beliau seorang Melayu dahulu sebelum rakyat Malaysia pada 2010? Namun, beliau antara pemimpin tertinggi dalam parti kamu sendiri, bukannya pembangkang.

Menjawab pertanyaan tersebut, Syed Saddiq memberitahu bahawa dia merupakan seorang rakyat Malaysia dan baginya tidak salah jika dia berbangga dengan kaumnya sendiri. Tambahnya lagi, asas parti Bersatu ini adalah untuk memastikan orang-orang tidak berkemampuan dijaga dengan baik disamping untuk mencabar kleptokrat global supaya pemimpin Melayu di Malaysia dikenali sebagai pemimpin berintegriti.

Ia sangat penting bagi saya untuk memastikan agar mereka yang tidak berkemampuan dan datang daripada keluarga yang miskin berhak mendapat bantuan malangnya, kebanyakan mereka merupakan kaum Melayu.

Sumber: Astro Awani, New Straits Times

SKIP THIS AD ×