berita

Peminat Bimbang Bintang Super Junior, Kim Hee Chul ‘Private’, ‘Unfollow’ Pengikut Di IG

November 26th, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Berita kematian salah seorang bekas ahli kumpulan KARA iaitu Goo Hara viral di media sosial semalam. Menerusi laporan Mirror, penyanyi berusia 28 tahun itu didakwa telah didera fizikal dan mental oleh teman lelakinya iaitu seorang pendandan rambut, Choi Jongbum.

Bagaimanapun, apa yang merisaukan peminat sekarang ialah mengenai rakan baik Goo Hara iaitu Kim Hee Chul yang telah ‘private’ akaun Instagramnya sejurus kematian bekas ahli kumpulan KARA itu.

Unfollow semua kenalan

Menerusi laporan Koreaboo, bintang kacak yang merupakan vokalis kumpulan Super Junior itu turut ‘unfollow’ kesemua kenalannya di Instagram dan hal ini menimbulkan ketakutan buat para peminat lebih-lebih lagi apabila ramai sedia tahu bahawa dirinya mempunyai hubungan yang cukup erat dengan mendiang Goo Hara dan Sulli.

Kim Hee Chul sebelum ini pernah berkabung sekejap daripada menggunakan media sosial selepas mengetahui pelakon dan penyanyi Choi Jin-ri atau lebih dikenali sebagai Sulli ditemui meninggal dunia di rumahnya di Seongnam, Seoul. Namun, dia kembali aktif semula di media sosial seperti biasa selepas itu.

Please keep strong

Rata-rata peminat Kim Hee Chul memberikan kata-kata semangat buat penyanyi tersebut. Mereka turut berharap Hee Chul tidak melakukan sesuatu perkara yang buruk.

Sumber: Koreaboo

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Content Champion at Rev Asia Berhad
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×