berita

‘Peminat K-Pop Very Very Hard Core’ – Caprice

February 23rd, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Caprice

Sebelum ini, nama seorang pelakon dan pengacara yang sedang meningkat naik, menerima kecaman yang hebat daripada warganet susulan nama watak yang dilakonkan olehnya dalam sebuah drama. Bukan itu sahaja, kes yang berlaku pada dua tahun lepas turut ‘diungkit’ oleh peminat fanatik K-Pop.

Susulan daripada itu, penyanyi dan usahawan terkenal, Ariz Ramli, atau lebih mesra dengan jolokan Caprice, tampil memberikan respon terhadap isu tersebut. Respon tersebut telah dikongsi menerusi satu video yang dimuat naik di laman Instagrammnya, semalam.

Hormat satu sama lain

Foto: Caprice

Menerusi video yang berdurasi satu minit itu, Caprice menjelaskan setiap orang mempunyai cita rasa yang berbeza dalam sesuatu bidang itu. Pada masa yang sama, dia juga menggesa supaya orang ramai menghormati antara satu sama lain.

Jadi, ramai yang hantar mesej untuk cakap tentang ***** **** vs K-Pop. Selepas gelak isu kematian Jonghyun, ‘dia’ diserang lagi sebab gelar Blackpig. Peminat K-Pop very-very hard core (minat yang mendalam). Depa punya komuniti laju pick up benda-benda tentang artis diorang. Bila benda macam ni viral sampai Korea, benda tu boleh mencemarkan imej dan orang Malaysia. Kita sebagai artis, atau public figure kena sedar, kita pun ada fans.

Tidak berakhir di situ, dia juga sempat mengingatkan supaya orang di luar sana lebih berhati-hati dalam memberi komen terhadap artis Korea, kerana bimbang ia boleh mengundang amarah dalam kalangan peminat fanatiknya.

Sama juga macam artis K-Pop, depa pun ada fans. Tanpa fans, siapa lah kita. Kita kena hormat fans orang lain juga. Lain orang lain taste beb. Ada yang suka makan masakan Cina, ada yang suka makan masakan India, dan ada juga yang suka masakan Thai. Lain orang lain taste.

Di hujung video tersebut, dia juga sempat memberi ‘kiasan’ terhadap situasi yang berlaku, dan meminta setiap artis untuk menghargai peminatnya selama ini.

Video penuh

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Caprice (@capriceofficial)

Respon netizen

Sumber: Caprice

SKIP THIS AD ×