Perkongsian Sharnaaz Ahmad memberitahu dia akan berkahwin di Instagram (IG) telah mengundang perhatian ramai orang.
Mengenakan baju melayu lengkap bersongkok, ruang komen Sharnaaz dihujani dengan ratusan ucapan tahniah yang rata-ratanya menyangka pelakon kacak itu sudah berkahwin.
Artikel Berkaitan: Terkejut Dengan Seloroh Mak Tiri, Sharnaaz Ahmad Setuju Nabila Tapis Dulu – ‘Kena La Tengok Siapa Nak Jaga Jebat’
Boleh masuk ‘line’ lagi
Ketika dihubungi OhBulan!, Sharnaaz, 37, menyatakan itu sekadar gurauan dengan peminat. Katanya, foto tersebut diambil ketika dia menghadiri majlis pertunangan teman rapat pada hari Ahad lalu.
Saya belum lagi bernikah, masih single dan available. Gambar itu sebenarnya ketika saya dalam perjalanan ke majlis pertunangan kawan baik saya.
Yang mana komen dekat IG tengah bersedih tu, boleh sambung balik ‘try’ saya. I have plenty of love to share.
Ditanya sama ada akan berkongsi atau berahsia mengenai majlis pernikahannya, pemilik nama Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad berkata dia akan mengikut permintaan pasangannya.
Itu terpulang dengan orang mana la kan. Saya kena hormat pasangan juga.
Peminat wanita ‘frust’
Menjengah di ruangan komen, hantaran tersebut juga menarik rakan selebriti untuk meninggalkan komen. Antaranya adalah Shukri Yahaya, Radin, Datin Seri Nina Juren dan Shuib.
Selain menerima pujian daripada peminat yang terpegun melihat ketampanan pelakon drama I Promise Janji Anaqi, ada juga segelintir yang meluahkan rasa kecewa.
Jangan la nikah. Awal lagi, enjoy dulu.
Mamu.. jangan saya kecewa.
Baru dua hari lepas Jebat nak mummy baru. Takkan dah nikah?
Melepas peluang, baru nak hantar rombongan merisik.
Untuk rekod, Sharnaaz dan Noor Nabila mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 namun disahkan bercerai pada 9 Julai 2020 secara hakam di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.
Hasil perkahwinan, pasangan tersebut dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Jebat Jayden Ahmad pada 30 Ogos 2018.
Sumber: Instagram @sharnaazahmad