Umum mengetahui, kumpulan wanita terkenal dari Korea Selatan iaitu BLACKPINK bakal mengadakan konsert ‘Born Pink’ di Malaysia pada bulan Mac tahun hadapan. Berikutan daripada itu, rata-rata netizen dan peminat meluahkan rasa tidak sabar untuk menyaksikan konsert tersebut.
Artikel berkaitan: Ramai Kecewa Harga Tiket BLACKPINK Cecah RM2K Sampai Jadi Bualan Peminat Dari Luar Negara
Nak beli guna duit ‘refund’
Memandangkan harga tiket konsert BLACKPINK dikatakan agak terlalu mahal, netizen menyeru pihak pengurusan Konsert Justin Bieber: Justice World Tour untuk segera memulangkan ‘refund‘ atau duit daripada konsert yang dibatalkan. Menurut netizen, mereka boleh menggunakan duit ‘refund‘ tersebut untuk membeli tiket konsert BLACKPINK. Tambah netizen, sehingga ke hari ini mereka dipercayai masih belum menerima sebarang maklum balas daripada pihak pengurusan Justin Bieber berhubung soal berkenaan. Namun begitu, ada juga yang mengatakan ‘refund‘ akan dibuat pada hujung bulan ini.
Meskipun ramai yang tertarik untuk menonton konsert kumpulan tersebut, segelintir netizen meluahkan rasa tidak puas hati berhubung lokasi penganjuran konsert terbabit. Ujar netizen, mereka tidak mahu apa yang dilalui ketika konsert Billie Eilish sebelum ini berulang kembali. Netizen menyatakan bahawa mereka tidak sanggup untuk melihat kumpulan BLACKPINK dari jarak yang jauh memandangkan saiz Stadium Nasional Bukit Jalil sangat besar dan luas.
Jangan sama macam Billie
Sumber: PR Worldwide