berita

Peminat Sangka ‘Secret Code’ Lagu Baru Siti Nurhaliza, Rupanya Aafiyah Main Telefon

July 11th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Tular sejak semalam, satu hantaran terbaharu yang dimuat naik di TikTok oleh anak sulung kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Sri Siti Nurhaliza iaitu Siti Aafiyah telah mendapat perhatian warganet.

Artikel Berkaitan: Dagu Aafiyah Berjahit Jatuh Skuter, Siti Nurhaliza Kena Marah Dengan Datuk K

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Anak Sulung Siti Nurhaliza Jatuh Masa Main Skuter, Selamat Jalani Pembedahan

Netizen tertanya-tanya

Menerusi hantaran yang dimuat naik, didapati tiada sebarang visual atau informasi pada video tersebut namun hanya tertera nama Aafiyah dan juga dimasukkan lagu berjudul Menjaga Cintamu dari filem Anwar: The Untold Story.

Hantaran tersebut telah menimbulkan tanda tanya dalam kalangan warganet dan peminat Siti Nurhaliza dengan menyifatkan ianya begitu misteri.

Walau bagaimanapun, pelantun lagu Cindai itu kemudian menjelaskan bahawa hantaran tersebut rupa-rupanya dimuat naik oleh Aafiyah yang tidak membawa sebarang maksud.

Adui, Aafiyah punya kerja ni.

‘Secret Code’

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur dengan gelagat comel Aafiyah dan mereka secara berseloroh menyangka terdapat kod rahsia yang perlu diselesaikan untuk  lagu terbaharu penyanyi berusia 44 tahun itu.

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×