berita

Peminat Sunting Foto TokTi Jadi Patung Barbie Paling Cantik! – ‘Saya Nak Beli Untuk Aafiyah Kalau Dijual’

September 13th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sebut sahaja anak patung jenama Barbie, sudah pasti kanak-kanak perempuan sangat meminatinya. Bukan sahaja cantik dan bergaya, jenama anak patung tersebut turut bekerjasama dengan selebriti terkenal di luar negara dalam usaha untuk memasarkan patung Barbie edisi istimewa mereka.

Terbaru, seorang lelaki yang dikenali sebagai Syafiq telah membuat suntingan terhadap foto penyanyi nombor satu negara Dato Sri Siti Nurhaliza untuk dijadikan patung Barbie. Wow menarik!

Mesti dapat sambutan

Menerusi laporan Astro Gempak, Syafiq memberitahu bahawa rakan-rakannya telah memberi pendapat bahawa stail TokTi sesuai untuk dijadikan figurin.

Kawan saya berkata, penampilan TokTi sangat sesuai jika dioleh menjadi patung dan dari situ, saya sunting dan kini mendapat perhatian di laman Twitter. Mungkin ramai mahukan sesuatu yang ikonik.

Ujar Syafiq, dia telah melakukan lebih daripada 50 suntingan setakat ini. Namun, disebabkan foto di internet beresolusi rendah, ia sedikit sebanyak membantutkan usahanya untuk menyunting lebih banyak rekaaan.

Kalau banyak gambar raw atau resolusi tinggi, mungkin lagi banyak suntingan mampu saya hasilkan. Akaun peminat TokTi di Twitter banyak beri idea dan kami selalu bertukar pendapat. Lebih-lebih lagi apabila ia berpusat pada titik yang sama iaitu untuk melihat nama TokTi semakin disegani di perasa muzik.

Di samping itu, Syafiq yakin projek ini akan mendapat sambutan sekiranya jenama anak patung tersebut sudi berkerjasama dengan TokTi.

Saya nak beli untuk Aafiyah

Sementara itu, tuan empunya badan iaitu TokTi turut meluahkan rasa teruja dengan hasil kerja Syafiq dan mahu membeli patung tersebut untuk Aafiyah.

Jika satu hari nanti wujud projek ini, saya pasti ramai mahu mendapatkannya. Malah, saya sendiri mahu membeli dan menghadiahkan kepada anak saya.

Buat pengetahuan korang, jenama Barbie sebelum ini pernah bekerjasama dengan Britney Spears, Beyonce, Cher dan Audrey Hepburn.

Sumber: Astro Gempak

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×