berita

Peminat Tak Sabar Tengok Ryan Reynolds Posing B-Boy Di Running Man!

December 18th, 2019 | by Shafika
Kini Trending

Siapa peminat program realiti TV, Running Man (RM) pasti tak pernah terlepas setiap episod. Gelagat bersahaja 7 selebriti sering sahaja menghiburkan penonton serata dunia. Terbaru, peminat RM teruja ada ura-ura mengatakan pelakon filem Netflix terbaru iaitu “6 Underground” bakal membuat kemunculan dalam rancangan hiburan itu.

Meskipun masih tiada kesahihan, namun pihak produksi telah memuat naik beberapa gambar yang mengandungi tag nama para pelakon naskhah tersebut iaitu Ryan Reynolds, Mélanie Laurent dan Adria Arjona di laman rasmi Instagram Running Man.

Tetamu jemputan istimewa

https://www.youtube.com/watch?v=N9BHN7VO48Q&feature=emb_title

Ura-ura yang digembar-gemburkan itu akhirnya menjadi realiti apabila pada episod 15 rancangan Running Man, pihak produksi telah berkongsi sedutan episod akan datang di mana tetamu jemputan mereka dimeriahkan kesemua pelakon filem ‘6 Underground’.

Apa yang kelakarnya, pada sedutan episod akan datang yang ditayangkan selama 45 saat, kesemua pelakon Holllywood itu yang tanpa segan silu menunjukkan tarian mereka bahkan Ryan Reynolds pun siap buat posing b-boy lagi!

Ramai tak sabar menanti 22 Disember ini!

Menerusi sedutan itu, setiap pelakon “6 Undergrounds” itu perlu memilih ahli “Running Man” sebagai ahli kumpulan mereka. Seperti biasa, Running Man memang penuh dengan kejutan kerana dalam misi tersebut akan ada ‘Hantu’ disebaliknya dalam kalangan mereka yang sedang menjalankan misi lain secara rahsia. Agak-agak siapa yang terlibat?

Semua teruja

Sumber : Youtube

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×