berita

Peminat Tanya Fasal Konsert Coldplay, The Melvins Nak Tiket Ustaz Wadi

May 24th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Sebut sahaja The Melvins, pastinya ramai yang mengetahui mengenai empat adik beradik popular yang terdiri daripada Syafiqa Melvin, 33, Syatilla Melvin, 32 , Syifa Melvin, 29, dan Syida Melvin, 26.

Artikel Berkaitan: Safawi Rasid & Syifa Melvin Sah Jadi Suami Isteri

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Penyondol Yang Spesis Peppa Pig, Hampa Tolong Sedar Diri’ – Syatilla Melvin

Bukan sahaja cantik, tetapi mereka turut mempunyai pengikut yang ramai di media sosial. Bahkan, mereka bijak dalam mencorak kehidupan masing-masing dan peminat sentiasa ingin mengetahui tentang perkembangan semasa mereka.

Selain itu, gelagat spontan empat adik beradik itu sering menghiburkan peminat setiap kali mereka tampil membuat sesi siaran langsung (live) di laman TikTok sambil mempromosikan produk kecantikan yang diusahakannya.

Tak jual tiket

Terbaharu, The Melvins menerusi sesi siaran langsung yang dilakukan baru-baru ini, sekali lagi mencuit hati apabila orang ramai bertanyakan mengenai tiket konsert band popular Birtish, Coldplay.

Difahamkan, soalan itu diajukan peminat gara-gara tiket konsert tersebut sudah pun habis terjual dengan pantas dan ramai yang kecewa kerana tidak berjaya membelinya.

Menjawab kepada pertanyaan tersebut, The Melvins berseloroh mengatakan mereka tiada tiket konsert Coldplay, namun sekiranya peminat ada tiket ceramah pendakwah terkenal itu boleh beritahu.

Kalau ada tiket-tiket ustaz Wadi kah, ustaz Abdullah Khairi kah, habaq (beritahu). Kalau Coldplay kah, hotplay kah, jangan tanya kami.

Hari tu mereka (coldplay) nak buat konsert dekat Malaysia, mereka tanya kami dulu, boleh kah nak datang. Kami kata suka lah nak buat konsert.

Kami pun tanya lah surau-surau dekat sini kalau-kalau ada padang kah dewan kah yang kosong, tapi tak boleh full untuk rumah terbuka.

Potongan siaran langsung tersebut kemudian dikongsikan semula oleh seorang pengguna di laman sosial berkenaan.

Netizen terhibur

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata wargamaya terhibur melihat gelagat dan aksi spotan adik-beradik itu.

Dalam pada itu, ada juga yang memuji mereka kerana mengutamakan acara keagamaan berbanding konsert.

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×