Masalah rumah tangga yang melibatkan orang ketiga atau penyondol makin kerap berlaku sejak akhir-akhir ini.
Artikel Berkaitan: Syatilla Melvin & Adik Beradik Profesional Cari Rezeki – ‘Buat Apa Nak Gaduh?’
Artikel Berkaitan: Athira Yuhada Dedah Hafidz Roshdi ‘Ganggu’ Sejak 9 Tahun Lalu, Mengaku Bodoh & Pentingkan Diri
Artikel Berkaitan: Bekas Isteri Dakwa Orang Ketiga Punca Bercerai, Netizen DM Pernah Nampak Luqman Hafidz & Wanita ‘Free Hair’ Di Pulau Pinang
Artikel Berkaitan: ‘Memang Tiada Maruah Ke Hadap Suami Orang?’ – Empat Tahun Pendam, Puteri Sarah Mengamuk Dengan Ira Kazar
Kejap di atas, kejap di bawah
@ohbulanofficial Peppa pig ??#fyp #news #ohbulan ? original sound – OHBULAN!
Pelakon dan usahawan terkenal, Syatilla Melvin yang geram dengan ‘kaki sondol’ menggelarkan golongan itu sebagai ‘Peppa Pig’ iaitu rancangan kartun kanak-kanak popular.
Heh penyondol-penyondol yang spesis Peppa Pig ini, hampa tolong la sedar diri. Hampa tolong la percaya kepada karma.
Hari ini hang buat orang, esok lusa tulat hampa akan terduduk tersungkur. Itu je aku nak cakap.
Syatilla berkata demikian ketika Soft Launching Produk Raya Kekasih yang diadakan di Glass House Klang, baru-baru ini.
Tiada rahsia antara kami
Ditanya sama ada dia dan suami, Shaheizy Sam pernah diganggu oleh orang ketiga, Syatilla bersyukur mahligai yang dibina selama tujuh tahun belum pernah diusik.
Kata pemilik nama Siti Nur Syatilla Amirol Melvin, dia setiap hari berdoa agar rumah tangga mereka dilindungi Allah SWT.
Antara saya dan Sam tidak ada rahsia. Kami sudah 13 tahun bersama dan tujuh tahun berkahwin, kami tahu sikap masing-masing.
Apabila ada benda tak kena, kita boleh baca ada yang tak kena. Dia (Sam) tak boleh tipu. Walaupun dia pelakon hebat tapi dia tak boleh tipu isteri!
Buat masa ini alhamdulillah, tiap-tiap hari saya doa minta Allah lindungi rumah tangga agar sentiasa dilindungi apatah lagi kami ada anak-anak dan usia pun makin meningkat.
Untuk rekod, Syatilla dan Sam berkahwin pada 8 Februari 2016. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Syeriv Samhiezy, Sarima Samhiezy dan Salama Samheizy.