Ya. Lagi-lagi Julia Ziegler. Al-maklumlah, orangnya cantik semestinya tak akan dapat larikan diri daripada kontroversi. Tahun ini sahaja, bertalu-talu nama Julia dikaitkan dengan pelbagai gosip hangat, daripada isu mabuk sehinggalah kisah Julia yang didakwa mengamuk di laman sosial kerena putus cinta.
Artikel Berkaitan: Julia Ziegler Mengamuk di Laman Sosial Kerana Putus Cinta?
Eh.. ada yang lagi terbaru tau! Menerusi laman Instagramnya, pelakon ini telah berkongsi WhatsApp seorang peminat yang begitu terdesak mahu mengajak Julia keluar. Siap offer 100 ribu dan beg Chanel okay! Agaknya, Julia terima tak pelawaan peminat tegar itu?
Julia Ziegler kongsi mesej WhatsApp daripada peminat terdesak
Nampaknya hampa lah harapan si penghantar WhatsApp tu ya! Mana taknya, sudahlah Julia tidak membalas pelawaannya, malah dapat gelaran ‘stupid’ lagi. Ha..kan dah kena sebiji!
Tak cukup dengan itu, para peminat juga menyokong tindakan Julia dan menyifatkan lelaki iti sebagai seorang penipu besar. Yelah, mula-mula ajak jadi duta produk, alih-alih ajak keluar dating? Old trick sangat.
Ha..bagaimana pula dengan pendapat anda? Sokong atau tidak dengan tindakan Julia tu? Jom komen sikit.
Kredit foto: Instagram Julia Ziegler