berita

Wanita Ceroboh Majlis Kahwin Bekas Teman Lelaki, Tak Puas Hati Mas Kahwin Pengantin Perempuan Tinggi

December 3rd, 2023 | by Hazirah
Kini Trending

Seorang wanita telah menceroboh majlis perkahwinan bekas teman lelakinya di China selepas mengetahui mas kahwin pengantin perempuan lebih tinggi daripada apa yang pernah dimintanya.

Artikel Berkaitan: Isteri Serbu Majlis Kahwin Suami Dengan Wanita Lain

Berlaku perselisihan faham

gigit telinga

Gambar sekadar hiasan

Menerusi laporan Thaiger News, wanita tersebut telah menjalin hubungan selama tujuh tahun dengan bekas teman lelakinya dan mereka telah bersetuju untuk berkahwin.

Pasangan itu telah membincangkan jumlah mas kahwin sebanyak 180,000 yuan (RM118,083.94), namun, ibunya meminta mas kahwin yang lebih banyak iaitu sebanyak 268,000 yuan (RM175,813.87).

Sebaik sahaja mendengar tentang perkara tersebut, lelaki itu tidak berpuas hati dan menolak, dengan alasan dia tidak mampu untuk menabung jumlah wang yang diminta.

Disebabkan itu, berlaku perselisihan faham sehingga menyebabkan mereka berpisah. 

Sebulan selepas mereka berpisah, wanita itu mengetahui bahawa bekas teman lelakinya akan berkahwin dan dia hadir ke majlis tersebut.

Pada mulanya dia menyaksikan kebahagiaan pasangan itu namun, dia terdiam apabila mendapati mas kahwin pengantin perempuan ialah 280,000 yuan (RM183,686.13).

Kisah ini telah tular di sosial media dan ramai netizen menyatakan rasa simpati terhadap wanita itu.

Malah, ada yang berpendapat bahawa itu bukan salahnya sebaliknya campur tangan keluarganya yang menyebabkan lelaki itu menolak untuk berkahwin dengannya.

Sumber: Thaiger News

SKIP THIS AD ×