Foto: farhatulfairuzah
Kemerduan suara penyanyi Ernie Zakri memang tidak dapat disangkal lagi. Terbaharu, Ernie dilihat telah bertaranum bersama johan Tilawah Al-Quran peringkat kebangsaan 2019 di dalam sebuah video. Rakaman tersebut menerima respon positif daripada netizen yang kagum dengan kelunakan suara dua wanita ini.
Nyanyi sedap, mengaji pun sedap
Foto: farhatulfairuzah
Semalam Ernie telah menghadiri rakaman sebuah program berbentuk Islamik untuk sebuah stesen TV tempatan. Turut menjayakan program tersebut ialah Farhatul Fairuzah, pengacara program Geng Ngaji yang juga merupakan pemenang Tilawah Al Quran peringkat kebangsaan.
Masya Allah kak ninie kitaa, nyanyi sedap, mengaji pun sedap.
Dalam rakaman berdurasi 1 minit 20 saat itu, Farhatul dan Ernie dilihat mengalunkan Sural Al Kautsar bersama-sama. Alunan ayat suci Al Quran itu dimulai oleh Farhatul dan diikuti Ernie. Jika diamati, kedua-dua mereka bertaranum dengan sungguh baik sekali sehingga menerima pujian daripada peminat.
Video penuh
View this post on Instagram
‘Mumtaz’ kedua-duanya
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat terpegun dan kagum dengan taranum yang dialunkan oleh Farhatul dan Ernie. Peminat juga turut mengagumi kemerduaan suara kedua-kedua penyanyi itu.
Sumber: farhatulfairuzah