Foto: dianaamir
Selepas tampil berniqab pada awal tahun lalu, pelakon dan pengacara Diana Amir kini dilihat semakin memperlahankan rentak dalam bidang seni kerana memberikan sepenuh tumpuan soal keluarga terutama tiga orang cahaya matanya.
Artikel Berkaitan: Segan Mengaku Sudah Berniqab, Penampilan Terbaru Diana Amir Raih Pujian – ‘Ikhlas Kerana Allah’
Pertama kali meluncur ais pakai jubah
Foto: dianaamir
Terbaharu, Diana Amir atau nama sebenarnya Nurdiyana Amir Hashim telah memuat naik sebuah rakaman video yang memaparkan dirinya dan keluarga sedang beriadah di sebuah gelanggang luncur ais.
Rakaman yang dimuat naik di laman IG milik Diana itu mendapat perhatian ramai apabila di dalam rakaman tersebut Diana dilihat turut beriadah meluncur ais bersama anaknya. Apa yang menarik perhatian wargamaya apabila Diana tampil berjubah hitam dan berniqab ketika sedang asyik meluncur.
Biarpun bejubah dan berniqab, Diana mengakui itu kali pertama dia meluncur ais dengan berpakaian begitu. Diana turut mengakui pandangannya jauh lebih jelas walaupun wajahnya berniqab.
Diana Amir mula tampil berhijab pada tahun 2011 dan pada awal tahun ini Diana dilihat mengenakan niqab.
Diana mendirikan rumah tangga dengan Mohd Habibullah A Rahman pada 25 Oktober 2013. Mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Khaulah Al Azwar, Khadija Azzehra, dan Muhammad Khalid Al Habib.
Video penuh
View this post on Instagram
‘Dah macam Elsa versi muslimah’
Di ruangan komen, rata-rata peminat memberi pelbagai reaksi terhadap video tersebut. Ada juga yang mengagumi Diana Amir yang kelihatan sangat sopan biarpun sedang meluncur ais.
Sumber: dianaamir