Baru-baru ini, personaliti media sosial iaitu Cut Intan Nabila memuat naik rakaman litar tetrutup (CCTV) memaparkan kekerasan yang didakwa dilakukan oleh suaminya, Armor Toreador.
Artikel Berkaitan: Hafidz ‘No Comment’ Kes Pukul Nurul Shuhada Diteruskan Dengan Perbicaraan
Pendedahan Cut Intan didera
View this post on Instagram
Dakwa Intan, suaminya itu bukan sahaja melakukan penderaan fizikal terhadap dirinya dan anak malah sudah beberapa kali berlaku curang sepanjang lima tahun mendirikan rumah tangga.
Selama ini saya bertahan kerana anak, ini bukan kali pertama saya berdepan keganasan rumah tangga. Ada puluhan video lain yang saya simpan sebagai bukti.
Lima tahun berkahwin banyak nama wanita mewarnai rumah tangga saya bahkan beberapa rakan saya.
Meskipun sudah memaafkan berkali-kali dan memberi peluang namun suaminya itu masih melakukan kesalahan yang sama.
Saya sudah berkali-kali memaafkan tapi tak pernah terbuka hatinya, ternyata benar kecurangan dan kekerasan rumah tangga tidak akan pernah berubah.
Lebih mengejutkan apabila melihat suaminya itu tergamak menendang anak ketiga mereka yang baru berusia sebulan.
Saya seorang yang tidak pernah membuka aib rumah tangga saya. Saya menjaga martabatnya tapi hari ini saya sudah tidak boleh menahan semua sendiri.
Terbaharu, Detik melaporkan Armor telah ditahan oleh pihak polis di sebuah hotel untuk siasatan lanjut berhubung dakwaan melakukan keganasan rumah tangga.
Sumber: Cut Intan Nabila, Detik