Seorang pempengaruh mencuri perhatian apabila memuat naik satu hantaran mengenai kemelut rumah tangga bersama suaminya yang berusia 64 tahun.
Artikel Berkaitan: Isteri Sarat Hamil, Suami Syok ‘Check In’ Dengan Perempuan 11 Tahun Lebih Tua – ‘Dia Kata Nak Jadikan Isteri Kedua’
Suami main kayu tiga?
Menerusi hantaran yang dibuat, pempengaruh tersebut meluahkan rasa terkilan selepas kerap dipersalahkan segelintir pihak yang mendakwa dirinya punca kepada kemelut rumah tangga yang berlaku.
Cukuplah dipersalahkan sedangkan saya tak pernah ada hubungan dengan mana-mana lelaki.
Sebaliknya, wanita ini mendakwa selama ini suaminya yang menjadi punca keretakan rumah tangga dengan bermain kayu tiga.
Dakwa wanita itu lagi, suaminya berlaku curang sehingga terlanjur bersama wanita lain di belakangnya.
Yang terlanjur, yang berdua dalam bilik dan bermaksiat itu adalah awak.
‘Lepaskan saya’
Menerusi perkongsian yang sama, wanita itu memaklumkan dia tidak tahan konflik yang berlaku dan mahu si suami menceraikannya.
Cukup salahkan saya, saya tahu saya tak jahat macam awak.
Saya cuma nak awak lepaskan saya.
Hantaran tersebut kemudiannya meraih perhatian wargamaya yang rata-ratanya terkejut dengan dakwaan dibuat pempengaruh itu.
Sumber: TikTok