Di TikTok, tular beberapa tangkap layar memaparkan hantaran dimuat naik seorang pempengaruh Islamik yang didakwa sedih kerana terpaksa menjual barangan peribadi mewah miliknya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Doakan Yang Baik’ – Pempengaruh Islamik Disyaki Seleweng Derma Kekal Tenang, Mohon Doa Orang Ramai
Jual nak dapatkan wang
Menerusi perkongsian yang dimuat naik @revskimer, pempengaruh berkenaan didakwa memuat naik gambar beberapa barangan peribadi mewah miliknya yang mahu dijual menerusi hantaran di Instagram (IG).
Pempengaruh itu juga didakwa berasa sedih kerana terpaksa membawa barangan itu ke sebuah pusat membeli belah untuk dijual bagi mendapatkan wang.
Kami pergi ke sebuah pusat membeli belah untuk menjual barangan kami. Hati saya diselubungi kesedihan tetapi fikiran saya dikawal oleh realiti.
Berjalan ke kedai dengan beg berjenama dan dalam masa yang sama cuba meyakinkan hati saya untuk melepaskan sesuatu yang benar-benar akan diingati oleh saya.
Tetapi saya tahu itu adalah satu-satunya cara untuk mendapatkan wang. Ia bukan tentang jenama tetapi lebih kepada nilai sentimental yang pada barangan itu.
Walau bagaimanapun, hantaran tersebut didakwa telah pun dipadam pempengaruh tersebut selepas difahamkan menerima kecaman teruk daripada netizen.
‘Itu bukan hak kamu pun’
Menerusi hantaran sama, terdapat satu tangkap layar memaparkan hantaran dibuat di Facebook yang memberikan respon terhadap posting pempengaruh berkenaan.
Pengelola akaun tersebut berpendapat pempengaruh berkenaan tidak sewajarnya berasa sedih kerana barang-barang berjenama itu didakwa dibeli dengan hasil wang yang telah mereka seleweng.
‘Wait a minute’, itu bukan hak kamu sebab kamu beli dengan duit yang kamu curi.
Sementara itu, pengelola akaun tersebut juga mendakwa akaun IG yang digunakan pempengaruh berkenaan adalah akaun baharu namun sudah pun dinyahaktif.
Sumber: TikTok