Tiada angin tiada ribut, timbul dakwaan seorang pempengaruh terkenal tidak membayar gaji pekerjanya.
Artikel Berkaitan: Stesen Televisyen Milik Pengacara Popular Berstatus Datuk Didakwa Tak Bayar Caruman Perkeso Pekerja? – ‘Gaji Pun Tertunggak’
Artikel Berkaitan: Intan Najuwa Ambil Tindakan Undang-Undang, Tunggu Individu Dakwa Tak Bayar Gaji Pekerja ‘Confront’ Lambat Sangat
Culas bayar gaji?
Menerusi perkongsian di platform X, individu yang dipercayai staf pempengaruh terbabit tampil mendakwa majikannya tidak membayar gaji bagi Disember tahun lalu dan Januari tahun ini.
Kesian semua dah macam mengemis gaji sendiri. Siap suruh staf berhenti kerja, bila minta surat dia buat lambat.
Tak bagi staf laporkan kepada pihak yang sepatutnya, konon suruh bagi muka. Habis yang staf ini lagi la, puasa dah dekat, mana yang ada anak nak uruskan hal sekolah lagi.
Tak ada empati, dia asyik buat konten, bulan madu sampai RM20k tapi gaji tak bayar alasan dia layak bercuti dan itu duit sendiri.
Kesian staf, sampai bergadai harta nak teruskan hidup.
‘Penat bersabar’
Gambar sekadar hiasan
Dalam masa yang sama, terdapat seorang lagi individu yang mengakui bahawa dirinya adalah bekas pekerja pempengaruh berkenaan, turut mendedahkan masih belum menerima pembayaran gaji.
Saya bekas pekerja yang masih menunggu gaji untuk bulan Januari. Saya penat bersabar sebab masa berpantang pun suruh kerja dengan alasan dibayar gaji.
Dengan KWSP (Wang Simpanan Pekerja) pun tak bayar.
Dia kaki maki staf, kalau apa yang dia rancang tak jadi..terutama kepada budak sales yang berhempas pula ikut strategi dia. Dia selalu minta maaf dengan ayat dia pun orang biasa dan ada emosi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menyelar tindakan pempengaruh tersebut dan turut bersimpati dengan nasib yang menimpa para pekerjanya.
Sumber: Platform X