berita

Pemuda Bunuh Bakal Bapa Mentua Gara-Gara Tak Dapat Restu, Anak Perempuan ‘Histeria’ Jadi Saksi

November 1st, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Gara-gara dipercayai tidak mendapat restu daripada bakal bapa mentua, seorang lelaki berusia 22 tahun, nekad membunuh bakal bapa mentuanya sendiri. Kejadian tersebut berlaku di Desa Kasang Padang, Indonesia pada Sabtu (30/10/2021) yang lepas.

Bakal menantu bunuh bakal bapa mentua

Foto: Tribun News

Lapor Tribun News, suspek pada mulanya bertindak meminta izin kepada mangsa untuk berkahwin dengan anaknya namun, lamaran tersebut telah ditolak. Susulan daripada itu, suspek bertindak di luar kawalan dengan menyerang mangsa sebelum melarikan diri.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 1 petang, dan suspek ketika itu datang dan menjelaskan niatnya untuk berkahwin dengan anak perempuan mangsa. Namun, lamaran tersebut telah ditolak dan berlaku pertelingkahan antara bakal ibu mentua dan menantunya. Suspek kemudiannya dipercayai mengambil parang sebelum mencederakan mangsa pada bahagian muka dan mulut.

Telah ditahan pihak polis

Sekadar gambar hiasan

Susulan daripada itu, mangsa cuba menyelamatkan diri dengan berlari namun, suspek sempat mengejarnya dan menyerang mangsa menggunakan parang. Mangsa akhirnya meninggal di tempat kejadian berikutan kecederaan yang dialaminya.

Ujar Pegawai Perhubungan Awam Polis, Rohul Aipda Mardiono Pasda suspek bagaimanapun, berjaya ditahan bagi membantu siasatan. Anak perempuan kepada mangsa yang melihat bapanya diperlakukan sedemikian rupa dikatakan mengalami histeria dan sempat menjerit bagi meminta pertolongan daripada penduduk setempat.

Sumber: Tribun News

SKIP THIS AD ×