berita

Pemuda Hilang Separuh Badan Dihempap Forklift, Bahagian Bawah Badan & Kemaluan Terpaksa Dipotong

May 18th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Mirror UK

Insiden yang terjadi pada September 2019, telah menyebabkan seorang lelaki dari negeri Montana, Amerika Syarikat hilang separuh badannya selepas terlibat dalam satu kemalangan melibatkan jentera forklift di sebuah tapak pembinaan.

Hilang separuh badan

Foto: Mirror UK

Menerusi laporan Mirror UK, mangsa dikenali sebagai Loren Schauers, 20, dilaporkan hilang kedua-dua kaki dan tapak tangan kanannya. Difahamkan ketika kejadian mangsa yang dikatakan bekerja menggunakan forklift telah diarahkan mengalihkan jentera itu sehingga ia berada hampir dengan sisi jambatan.

Perkara tersebut secara tidak langsung menyebabkan Loren Schauers terjatuh pada ketinggian lebih 15 meter sebelum dihempap oleh jentera berat itu.

Bercerita lebih lanjut, doktor terpaksa melakukan pembedahan kecemasan dengan memotong bahagian bawah badan mangsa termasuklah alat kemaluannya bagi menyelamatkan nyawanya berikutan bahagian pelvisnya dilaporkan sudah patah.

Kongsi kehidupan di laman YouTube

Foto: Mirror UK

Dalam pada itu, selepas sebulan pembedahan itu dilakukan pengamal kesihatan profesional seolah-olah tidak percaya lelaki ini mampu terselamat. Bukan itu sahaja, selepas sembuh dia turut mendokumentasikan mengenai kehidupan baharunya di laman YouTube.

Walaupun mempunyai kekurangan fizikal, lelaki ini masih ditemani oleh isterinya, Sabia Reiche, 23, yang sentiasa berada di sisinya termasuklah melakukan banyak tugas harian serta menjaga keperluan suaminya.

Sumber: Mirror UK

SKIP THIS AD ×